Lovers of the Red Sky

5
(2)

Drama yang bersettingkan Dan Dynasty di mana hantu, syaitan, dan tuhan berada di kalangan manusia.

Cerita bermula di upacara memeterai syaitan yang menginap di badan Raja negara pada masa itu. Upacara diketuai Ha Seong-Jin, seorang shaman yang ditugaskan untuk mengeluarkan syaitan dan meterai di dalam sebuah gambar yang dilukis oleh Hong Eun-Ho. Gambar yang dilukis oleh Eun-Ho mempunyai kuasa mistik.

Akan tetapi, sebelum syaitan dimeterai, ia menyumpah negara itu agar sentiasa kebuluran dan dalam kemarau. Kedua-dua Seong-Jin dan Eun-Ho, malah anak mereka yang lahir pada hari itu juga turut disumpah.

9 tahun sudah berlalu, suatu hari shaman negara baru nampak Ha-Ram, anak kepada Seong-Jin, mempunyai kuasa berunsur Air. Kemudian Ha-Ram dipilih sebagai pembantu upacara Hujan, Seung-Jin terpaksa akur kerana kuasa shaman baru telah melebihi dirinya.

Semasa dalam perjalanan ke istana, Seung-Jin terserempak dengan Eun-Ho dan anaknya Cheon-Ki, yang telah disumpah menjadi buta sejak dia dilahirkan. Cheun-Ki telah ditakdirkan dengan keupayaan untuk mencipta ‘Vessel’ yang boleh meterai syaitan.

Malang sekali, semasa upacara Hujan, syaitan yang dimeterai melarikan diri dan menginap di dalam Ha-Ram. SamShin, tuhan yang memerhati Ha-Ram dan Cheon-Ki, telah merampas sumber kuasa syaitan iaitu di mata.

Kejadian ini telah menyebabkan Ha-Ram buta dan SamShin menyembunyikan kuasa syaitan di mata Cheun-Ki.

19 tahun kemudian, Ha-Ram menjadi Cendiakawan Ha di istana, dan Cheun-Ki seorang pelukis yang membuat lukisan tiruan supaya dapat duit ubat untuk Eun-Ho, yang telah hilang waras.

Selepas mengharungi pelbagai kebetulan, Ha-Ram dan Cheun-Ki bertemu semula. Akan tetapi Ha-Ram menyuruh Cheun-Ki melupakannya kerana, Ha-Ram seperti mengetahui apabila mereka bersama, kuasa syaitan itu terlalu kuat dan boleh membebaskan diri.

Saksikanlah perkembangan antara mereka berdua di Viu

Selamat Menonton ? ada 16 episode semuanya di Viu

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI