MISSING (2016)

5
(8)

5/5⭐⭐⭐⭐⭐

Sebuah kisah yang pasti membuatkan kita “mencuci mata”, yang membuatkan emosi kita naik turun bagai naik roller coaster. Para ibu dan bakal ibu, sila sediakan tisu siap-siap ketika hendak menonton filem ini. Klimaks melodramatik nya aduh! Sakitnya itu disini!

Mana tidaknya bagai naik roller coaster, jalan ceritanya yang tidak meleret-leret membuatkan filem yang berdurasi 90 minit ini begitu singkat sekali! Kedua-dua pelakon utama Gong Hyo-Jin dan Uhm Ji-won memainkan watak mereka dengan begitu realistik dan emosional membuatkan 90% saat-saat dalam plot dan twist filem ini begitu mendebarkan kita! Dan “ENDING” nya, pasti buat naluri keibuan kita begitu terasa sayu.

Wahai insan yang masih mempunyai ibu, tolonglah hargai pengorbanan ibu kita. Jangan sakiti hati mereka. Filem ini terselit banyak pengajaran untuk kita yang bergelar ibu dan anak. Bagi yang belum tonton lagi, WAJIB cari dan tonton filem. Sesuai untuk tontonan semua peringkat usia.

Fokus filem ini tentang seorang ibu Ji-sun (lakonan Ji-won) yang mempunyai seorang anak kecil perempuan dan seorang pengasuh yang bernama Han-mae (lakonan Hyo-jin) yang menjaga anak Ji-sun. Diketika mana Ji-sun sibuk dengan kerjayanya dalam masa sama sedang berhadapan masalah dengan bekas suaminya yang berlaku curang ingin berebut hak penjagaan anaknya, tiba-tiba anak Ji-sun hilang bersama pengasuhnya entah ke mana telah menimbulkan kekecohan dan kegusaran si ibu!

Bermulalah saat-saat emosi dan mendebarkan Ji-sun perlu lalui untuk mencari dan menyiasat punca kehilangan anak dan pengasuhnya. Kalau min jadi Ji-Sun, jadi separa gila agaknya ke sana ke sini mencari anak sendiri! Tidak dapat min hendak bayangkan!

Lepas itu tiada pula yang membantu, dapat pula bekas suami yang tidak berguna langsung!Memang kena sangat watak Park Hae-Jon ini berlakon sebagai lelaki yang suka curang dan tidak guna (dalam Kdrama “The World of The Married Couple”) yang menjadijadi lelaki curang itulah dia juga dalam filem ni. Benci min dengan dia tau!

SPOILER ALERT!!

Di dalam filem ini, Hyo-jin bawa watak sebagai pendatang dari China yang penuh dengan masalah. Suka sangat dengan karakter dia, benar-benar menjiwai wataknya dan emosi yang dibawanya cukup memberi kesan yang sangat menyayat hati. Sememangnya tindakan yang Hyo-jin lakukan dalam filem ini adalah sesuatu yang tidak patut, tetapi sebagai penontonnya kita tidak boleh tidak berasa kasihan kepadanya kerana masa lalunya yang gelap dan suram tu terungkai sedikit demi sedikit akhirnya yang pasti mencetuskan perasaan yang hiba dan cukup emosi. Airmata min mengalir dengan derasnya ketika ini.

Tidak dinafikan lagi, ramai wanita yang dari keluarga miskin dari negara asing yang datang ke Korea Selatan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik namun apa yang dialami oleh Hyo-jin dalam cerita ini sememangnya cukup pahit, berliku-liku dan tidak adil sama sekali!y Hyo-jin! You such a great actress!

**Berita baik! Filem ini anda boleh tonton di saluran Tubi Tv secara percuma!**

Jom kita layan dulu trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI