16 TAHUN DI PENJARA WALAU TIDAK BERSALAH-ALICE SEBOLD AKHIRNYA MOHON MAAF

5
(6)

Penulis buku tersohor Alice Sebold membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang lelaki berkulit hitam Anthony Broadwater yang telah dituduh merogolnya 40 tahun yang lalu.

Anthony Broadwater ternyata didapati tidak bersalah setelah menjalani hukuman penjara selama 16 tahun atas kesalahan merogol dan menyerang Alice Sebold yang ketika itu berusia 18 tahun dan merupakan seorang pelajar universiti.

Lelaki itu didapati tidak bersalah setelah kes terhadapnya itu dibuka semula. Terdahulu pada tahun 1982, Anthony Broadwater didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara apabila Alice Sebold tersalah membuat pengecaman dan menuduh Anthony Broadwater adalah lelaki yang telah merogol dan menyerang dirinya.

Alice Sebold dalam permohonan maafnya berkata “saya benar-benar memohon maaf kepada anda Anthony Broadwater dan saya amat menyesali apa yang telah terjadi dan amat bersimpati dengan apa yang telah anda lalui.”

Kejadian rogol yang telah menimpa Alice Sebold merupakan inspirasi buatnya menulis sebuah memoir bertajuk Lucky pada tahun 1999. Terdapat laporan mengatakan bahawa beberapa projek filem yang ingin dibikin berdasarkan memoir Lucky telah dibatalkan setelah Anthony Broadwater didapati tersalah hukum.

Lucky adalah antara karya awal Alice Sebold dan dianggap antara karya terlaris apabila buku-bukunya laris terjual dan karya tersebut merupakan batu loncatan buat kerjaya Alice Sebold sebagai penulis.

Antara filem yang dibikin berdasarkan tulisan dan karya Alice Sebold adalah The Lovely Bones sebuah filem supernatural misteri thriller yang dilakonkan oleh Mark Wahlberg dan Saoirse Ronan.

Buat masa sekarang masih belum ada khabar angin tentang bayaran pampasan buat Anthony Broadwater dari pihak Alice Sebold atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan lelaki kulit hitam itu merengkok dalam penjara selama 16 tahun.

Anthony Broadwater menyatakan bahawa dia kini masih trauma dan masih dianggap sebagai pesalah seks kerana rekod yang telah dimilikinya. Dia juga sukar mendapatkan pekerjaan, dia juga dalam kenyataannya mengatakan dia tidak mungkin mempunyai anak kerana dia tidak mahu anaknya malu dan trauma dengan keadaan dirinya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI