FILEM AKSI THRILLER TAMIL “ADANGA MARU 2018”

5
(2)

Dia seorang pegawai polis yang telus, jujur, amanah dan sangat berdedikasi ketika menjalankan tugasnya. Namun kepercayaannya terhadap integriti orang atasannya hancur musnah saat keluarganya menjadi mangsa kerakusan dan korupsi mereka!

Tak sangka begitu padu dan mantap aksi-aksi yang disajikan dalam filem ini. CUKUP MEMBERANGSANGKAN! CUKUP MEMBERI IMPAK EMOSI YANG NAIK TURUN BAK “ROLLER COASTER”!

Apa yang menambahkan keseronokan ketika menonton filem ini, taktik yang digunakan oleh Subhash Suub (lakonan Jayam Ravi) untuk menjatuhkan dan menumpaskan musuhnya tersangat bijak dan diluar kotak pemikiran manusia! Bak kata dalam bahasa Inggeris “WORK SMART”!! Tak sangka sis begitu menikmati setiap plot dalam filem ini kerana sis kurang menonton filem-filem Bollywood dan Tamil, tetapi disebabkan genrenya memang kena dengan jiwa sis.

Subhash dan rakan sekerjanya, Chandran ditugaskan untuk menyiasat satu kes gadis yang telah bunuh diri. Melalui petunjuk, mereka mendapati kes ini bukan semudah yang disangkakan kerana ia melibatkan golongan VIP yang tidak mudah “disentuh”!

Subhash juga mendapat tahu mereka yang terlibat dalam kes tersebut juga terlibat dengan aktiviti tidak bermoral! Mereka membunuh gadis-gadis setelah memperkosa mereka! Sadis! Cukup sadis!

Saat Subhash dapat menangkap mereka, orang atasan Subhash yang korup, J.C.P Saarangan (lakonan Sampath Raj) masuk campur dan membebaskan pesalah-pesalah tersebut dan menghapuskan kesemua bukti.

Akibat perbuatan Subhash, seluruh keluarganya dibunuh dengan kejam! Ibu, ayah, saudaranya semua meninggal dunia! Syukurlah anak saudaranya seorang sahaja yang terselamat!

Subhash sedar semua ini adalah perbuatan siapa dan mula mengatur strategi untuk menuntut keadilan dan membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menghancurkan keluarganya!

APAKAH STRATEGI YANG DIGUNAKAN SUBHASH UNTUK MENUMPASKAN KESEMUA MUSUHNYA ITU?? 

Bagi yang belum pernah lagi tonton filem ini, silalah tonton! BERBALOI DAN PUAS HATI!

DAN ANDA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA MELALUI SALURAN YOUTUBE!

SAKSIKAN TRAILERNYA DISINI

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI