HORROR SUPERNATURAL “THE NIGHTSHIFTER 2018”

4.3
(4)

Stenio adalah seorang pembantu forensik yang bekerja syif malam di sebuah bilik mayat Sao Paulo Brazil.

Tugas dia adalah membantu membuat autopsi mayat, menjahit tubuh mayat yang telah diautopsi, membersihkan serta memasukkan mayat-mayat tersebut ke dalam bilik beku.

Stenio juga mempunyai kebolehan istimewa untuk berkomunikasi dengan mayat-mayat di hantar ke bilik mayat itu, namun hanya untuk mayat yang diuruskannya sahaja. Tiada siapapun tahu tentang itu.

Kita akan melihat bagaimana Stenio berkomunikasi dan bersoal jawab dengan mayat-mayat tersebut ketika menguruskan mayat tertentu. Stenio akan bertanya kepada mayat-mayat itu apa yang telah berlaku kepada mereka, kemudian mayat tersebut akan menceritakan kisah mereka. Bersembang ala-ala seperti dengan kawan baik, lawak bahagian ini sebenarnya>.<

Stenio juga tahu yang dia akan menerima kutukan dan sumpahan sekiranya dia membocorkan kesemua rahsia yang dikongsikan oleh mayat-mayat itu.

Suatu hari, isteri Stenio telah ditembak mati oleh gengster dan sejak peristiwa hitam itu;  anak-anak Stenio mula diselubungi ketakutan dan trauma ketika berada di rumah. Pelbagai kejadian buruk mula menimpa Stenio dan anak-anaknya. Yang pasti nyawa mereka dalam bahaya, sangat bahaya! Entiti yang mengerikan dan penuh dendam ingin menghancurkan keluarga Stenio.

Sebenarnya, apakah yang telah menyebabkan entiti itu ingin membalas dendam terhadap Stenio? Siapakah entiti itu? Dan akhir filem pasti memberi kejutan!

Apa yang menarik tentang filem ini ialah ia mempunyai susunan cerita yang menarik dan tidak membosankan. Nampak seperti filem murahan kan? TETAPI TIDAK! Sis sendiri pun terkejut dan kagum dengan plot penceritaan filem ini. Jujur, filem ini tidak akan membosankan anda. Unik dan tersendiri.

Semua elemen seram ada dalam filem ini. Kesan CGI yang digunakan untuk impak seram juga menjadi. MEMANG SERAM lagi-lagi jika anda tonton filem ini ketika gelap dan sunyi.

AMARAN! TIdak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak.

Filem ini juga memaparkan banyak babak-babak yang ganas kerana terdapatnya adegan-adegan memotong badan, kulit kepala dicabut dan disiat serta otak dimasukkan semula dalam kepala. Babak-babak ngeri ini ditunjukkan dengan cukup jelas!

BERITA BAIK! ANDA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA DI SALURAN YOUTUBE!

JOM SAKSIKAN TRAILER DULU!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI