5 filem tempatan yang mendapat kutipan tertinggi

0
(0)

Jika ingin dibandingkan industri perfileman tempatan dan industri perfileman di luar negara, ianya tidaklah sebesar mana. Namun sejak kebelakangan ini, filem tempatan dilihat semakin meningkat dengan penghasilkan beberapa filem yang mempunyai jalan cerita yang lain daripada yang lain.

Filem tempatan sering ‘dipandang rendah’ oleh umum, demikian kerana perwatakan yang tidak menarik serta jalan cerita yang agak biasa, namun adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa filem tempatan yang berjaya ke persada antarabangsa? Malah ada di antara filem tersebut telah mendapat pengiktirafan ke atas keunikan karya tesebut.

Oleh itu, berikut kami senaraikan beberapa filem tempatan yang berjaya mendapat kutipan tertinggi

1. Munafik 2

Munafik arahan syamsul yusof yang ditayangkan pada tahun 2018 telah menela belanja sebanyak Rm 2.5 juta. Filem ini telah mendapat kutipan sebanyak Rm 48 juta ia menjadikan filem ini filem yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia.

2. Hantu kak limah balik rumah

Seperti kita tahu filem hantu kak limah balik  rumah adalah filem horror comedy arahan allahyarham mamat khalid. Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM 1.2 juta. Hantu kak limah balik rumah telah ditayangkan pada tahun 2018 dan telah mendapat kutipan sebanyak RM 36.23 juta. Ini bermakna filem arahan Allahyarham Mamat Khalid diletakkan di tempat ke dua di dalam senarai ini

3. Ejen Ali The Movie

Ejen Ali The Movie telah mencipta kejayaan apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Ejen Ali telah menelan belanja sebanyak RM 6.5 juta. Semasa tayangan filem Ejen Ali The Movie telah mengutip RM 30.05 juta.

4. Boboiboy 2

Filem Boboiboy adalah filem animasi tempatan yang terbaik yang menampilkan erti persahabatan dan pengorbanan. Bajet untuk membuat filem animasi yang hebat ini adalah RM 7juta, hasil kutipan pula adalah RM 29.57 juta.

5. Paskal

Paskal adalah antara filem aksi terbaik, dimana pengarah telah memperlihatkan keadaan sebenar bagaimana anggota paskal melakukan latihan fizikal. Filem ini telah ditayangkan pada tahun 2018 menggunakan bajet sebanyak RM 10 juta, dan telah mendapat hasil kutipan sebanyak RM 28.98 juta.

Setakat Ini Munafik 2 merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Malaysia. Kita nantikan mungkin ada filem yang boleh melangkaui angka kutipan yang telah munafik 2 terima, siapa tahu bukan.

Marilah semua rakyat malaysia membantu industri perfileman Malaysia. Sokong filem tempatan kita. Kalau bukan kita siapa lagi

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI