K.G.F: CHAPTER 2 BAKAL BOX OFFICE??

5
(9)

Filem Kannada K.G.F: CHAPTER 2 yang telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat filem India bakal ditayangkan pada 14 April 2022. Selepas kejayaan K.G.F: Chapter 1, semua peminat nampaknya tidak sabar untuk sekuel filem ini. Filem ini telah mengangkat nama pelakon utamanya iaitu pelakon Kannada Yash.

Kali ini pihak produksi memilih senarai artis-artis kelas A India untuk membintangi K.G.F: CHAPTER 2 disamping Yash. Antara nama besar yang sememangnya menjadi tarikan utama adalah pelakon lagenda Bollywood iaitu Sanjay Dutt. Selain Sanjay Dutt filem ini turut mengenengahkan Raveena Tandon, Prakash Raj, dan Srinidhi Shetty.

Tarikh tayangan filem ini telah ditangguh beberapa kali akibat pandemik Covid-1.Terdapat khabar angin mengatakan bahawa filem ini bakal ditayangkan pada tahun 2021, namun akibat Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan belum pulih sepenuhnya pihak produksi membuat keputusan untuk menagguhkan tayangan. Filem ini telah tertangguh tayangan sejak tahun 2020 lagi, pada awalnya filem ini hendak ditayangkan pada 23 Oktober 2020 seterusnya ditunda pada 16 Julai 2021, namun tetap tidak dapat ditayangkan.  Tarikh terbaru tayangan yang diumumkan oleh pihak produksi adalah pada 14 April 2022.

Filem ini berkisar tentang Rocky (Yash) yang kini dalam misi mengambil alih lombong emas di Kolar. Sekuel Kali ini bakal mempersembahkan pertembungan antara Rocky dan Adheera (Sanjay Dutt). K.G.F: CHAPTER 2 merupakan kemunculan pertama Sanjay Dutt dalam industri perfileman Kannada (Sandalwood).

Filem pertama iaitu K.G.F: CHAPTER 1 telah berjaya pecah panggung (box office). Filem tersebut berjaya mengutip keuntungan sebanyak US$60 juta untuk tayangan seluruh dunia. Pada hari pertama tayangannya, filem ini berjaya dengan kutipan US$12 juta. Manakala untuk rekod tayangan tempatan, filem ini berjaya mengutip 228 crores, menjadikannya antara filem paling berjaya buat industri perfileman Kannada.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 9

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI