10 Filem Hindi Legend Yang Jarang Disiarkan Dikaca Tv

5
(1)

1. Ka Ho Na Pyar Hai

 

Ka Ho Na Pyar Hai adalah sebuah filem debut buat hero kesayangan ramai iaitu Hrithik Roshan. Persembahan lakonan dan tarian Hrithik telah menjadikannya popular dalam sekelip mata sehingga dikenali hingga kini. Filem ini juga antara salah satu Filem yang telah dimasukkan ke dalam Guinness Book Of Record setelah menjadi filem paling banyak mendapat anugerah sebanyak 92 anugerah dari pelbagai acara dan Kategori.

2. Badshah

 

Badshah juga amat jarang ditayangkan dikaca Tv kita. Filem ini diterbitkan padah tahun 1999 dimana filem ini telah mengutip USD 4.5M sepanjang tayangannya. Hal ini telah menjadikan Badshah menjadi tempat ke- 6 dalam mendapat kutipan filem tertinggi pada tahun tersebut.

3. Biwi No.1

Biwi No.1 lakonan Salman Khan, Karisma Kapoor menjadi pasangan suami Isteri telah menjadikan filem ini termasuk dalam senarai antara filem Box Office pada tahun tayangannya iaitu 1999.

4. Hum Tumhare Sanam

Hum Tumhare Sanam adalah sebuah filem remake dari sebuah filem tamil yg bertajuk Thotta Chinungi (1995). Filem Hum Tumhare Sanam sebenarnya telah tertangguh selama 6 tahun kerana terdapat isu semasa pengeluaran filem ini, dan akhirnya filem ini telah ditayangkan pada tahun 2002.

5. Mann

Mann juga menjadi salah satu filem hindi yang mendapat sambutan di malaysia apabila salah satu lagu runut filem ino sama dengan lagu nyanyian Iwan iaitu lagu Yang Sedang-Sedang saja.

6. Dil Hai Tumhaara

Dil Hai Tumhaara telah menaikkan nama Preity Zinta megah bersama-sama bintang lain setelah disenaraikan menjadi pelakon wanita terbaik didalam beberapa anugerah melalui filem ini.

7. Hum Dil De Chuke Sanam

Gabungan nama-nama besar seperti Salman Khan, Aishwarya Rai dan Ajay Devgan telah menaikkan lagi populariti filem Hum Dil De Chuke Sanam yang telah ditayangkan pada tahun 1999.

8. Dil To Pagal Hai

Dil To Pagal Hai juga termasuk dalam senarai jarang di tayangkan. Filem arahan Yash Chopra ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit dan Karisma Kapoor. Filem ini telah menelan bajet sebanyak USD 2.4M dan mendapat pulangan sebanyak USD 16.56M.

9. Dhadkan

Dhadkan yang bermaksud “gerak hati” dibintangi oleh Akshay Kumar, Shilpa Shetty, Sunil Shetty, dan Mahima Chaudhry telah ditayangkan pada 2002.

10. Har Dil Jo Pyar Karega

Salman Khan, Preity Zinta, dan Rani Mukharji telah menaikkan populariti filem Har Dil Jo Pyar Karega. Filem ini juga adalah salah satu remake dari sebuah filem Malayalam yang bertajuk Chandralekan(1997)

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI