FRUITVALE STATION (2013)- LELAKI KULIT HITAM DITEMBAK MATI OLEH POLIS

5
(2)

FRUITVALE STATION adalah filem biografikal yang menceritakan kisah tragis tentang seorang lelaki African-American yang telah ditembak mati sewaktu dalam tahanan polis BART (polis stesen keretapi)

Pada tahun 2009 Oscar Grant seorang lelaki African-American telah ditahan oleh polis BART kerana satu pergaduhan. Pegawai BART bernama Anthony Pirone telah menindih kepala Oscar Grant dengan lututnya dan menyuruh Oscar Grant menundukkan mukanya ke lantai.

Selepas Oscar Grant menundukkan kepalanya, salah seorang polis BART iaitu Mehserle telah menembak Oscar Grant. Lelaki itu digegaskan ke hospital dan telah meninggal dunia di hospital.

Rentetan kejadian tembakan yang tragis ini, protest jalanan secara besar-besaran diadakan untuk meminta keadilan buat mendiang Oscar Grant. Tunjuk perasaan turut bertukar menjadi ganas di beberapa tempat.

Menurut saksi tempat kejadian, pergaduhan telah dapat dileraikan sebelum polis BART sampai, namun apabila pihak polis sampai di stesen tersebut, mereka sewenangnya menarik lelaki-lelaki African-American yang mereka rasakan terlibat dengan kes pergaduhan yang dilaporkan.

Pada tahun 2010 pegawai polis BART yang telah menembak mati Oscar Grant telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman. Mehserle telah meletakkan jawatan dan mengaku tidak bersalah atas setiap pertuduhan. Mehserle disabitkan kesalahan membunuh tanpa sengaja dan terlepas hukuman membunuh dengan niat. Mehserle telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun. Selepas 11 bulan menjalani hukuman, dia dibebaskan. Hukuman dan keputusan juri yang dianggap tidak adil itu telah menyebabkan berlakunya kacau bilau dan protes besar-besaran.

Keluarga Oscar Grant berjaya mendapat pampasan dari pihak jabatan polis BART sebanyak $USD 2.8 juta pada tahun 2011 dengan bantuan persatuan hak asasi manusia Oakland.

Pada tahun  2013 sebuah filem biografikal drama telah dikeluarkan iaitu FRUITVALE STATION yang mengambil kisah tragedi Oscar Grant sebagai tontonan.

Filem lakonan hebat Michael B. Jordan, Kevin Durand dan Chad Michael Murray itu adalah antara filem paling tragis untuk tahun 2013. Filem tersebut telah berjaya memenangi Anugerah Khas Juri dalam Cannes Film Festival pada tahun 2013.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI