THE DUDE IN ME (2019)

5
(5)

Filem fantasi komedi yang sememangnya akan membuat para penonton berdekah ketawa. THE DUDE IN ME pastinya sebuah filem yang dicari-cari buat tontonan santai dan menghilangkan tekanan.

Filem lakonan bintang terkenal K-Pop iaitu Jun Jin-Young ini diarahkan oleh Kang Hyo-jin. Selain itu THE DUDE IN ME turut dibintangi oleh Park Sung-woong, Ra Mi-ran, dan Lee Jun-hyeok.

Filem tentang manusia yang bertukar badan yang sangat menyeronokkan untuk ditonton. Menarik apabila seorang ketua gangster tertukar tubuh badan dengan seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang sering menjadi mangsa buli dan ‘montel’. Dua karakter berbeza yang pastinya membuat suasana menjadi haru-biru.

Filem yang cukup kelakar, THE DUDE IN ME mempunyai rentak plot yang langsung tidak membosankan,disulami dengan beberapa babak aksi yang kemas.

Awas spoiler :

Mengisahkan tentang seorang gangster besar yang tersedar dalam tubuh seorang budak lelaki sekolah tinggi.

Semuanya berlaku apabila mereka berdua terlibat dalam sebuah kemalangan.

Bermula lah episod ketua gangster ini terpaksa menyesuaikan diri dan secara tidak sengaja membongkar kisah silamnya yang penuh rahsia.

Rahsia yang mengejutkan, dia rupanya kini memiliki seorang anak remaja , hasil hubungan dengan bekas teman wanitanya. Anak perempuannya itu bersahabat dengan tubuh remaja lelaki yang kini dimilikinya. Mengambil kesempatan yang ada, dia membatalkan niat untuk berhenti sekolah dan berbaik dengan anak serta bekas teman wanitanya. Sementara tubuh badannya yang asal kini berada di hospital dalam keadaan koma.

Babak-babak lucu dalam filem ini amat mencuit hati, bagaimana agaknya ketua gangster ini mahu menambat semula hati bekas teman wanitanya dengan menggunakan tubuh seorang remaja lelaki? Bagaimana pula penerimaan anaknya?

Filem ini juga boleh distrim di Viu.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI