The Ambush (2021) Berdasarkan Kisah Benar

5
(4)

<<BASED ON TRUE STORY>>

Peminat filem-filem aksi perang seperti Black Hawk Down dan Saving Private Ryan WAJIB layan THE AMBUSH AL-KAMEEN (2021) arahan Pierre-Morel (Taken) ini.

Filem yang cukup memberi inspirasi mengetengahkan erti perjuangan, pengorbanan, kesetiaan dan persahabatan.

“Apa pun yang terjadi dengan misi ini..dengan apa pun caranya..kamu harus menyelamatkan semua ahli pasukan yang ada disana! Jangan biarkan musuh menangkap satu pun dari askar kita!”

Diambil dari kejadian yang sebenar berlaku di Pangkalan Mocha, Yaman pada satu musim sejuk tahun 2018. Sekumpulan pasukan peronda UAE yang terdiri daripada Bilal, Ali dan Hindasi yang sedang melakukan tugas rondaan tiba-tiba ditahan dan disergah oleh sekumpulan pemberontak bersenjata.

Kenderaan mereka terperangkap dan dikepung oleh beratus pemberontak yang sedang siap siaga untuk menyerang mereka bila-bila masa sahaja! Menyulitkan lagi keadaan..mereka tidak dapat bergeraka seinci pun kerana sepanjang gurun ngarai yang sempit itu telah ditanam dengan bom periuk api!

Setelah itu satu persatu bantuan dihantar untuk membantu mereka..namun masih tidak ada yang berjaya menghampiri mereka! Pihak pemberontak cukup tangkas dan licik!

Serangan bertalu-talu menyebabkan medan peperangan di Yaman dihujani dengan tembakan RPG dan Mortal!”

Kemudian baharulah mereka sedar yang serangan hendap ini sebenarnya telah lama dirancang! Adakah misi menyelamatkan Bilal, Ali dan Hindasi berjaya atau sebaliknya??

Filem berdurasi 1 jam 42 minit ini benar-benar membuatkan sis merasa terpukul dan emosi seketika mengingatkan bahawa betapa bertuahnya dan bersyukur kita dapat hidup dan tidur dengan lena jauh dari konflik dan propaganda peperangan yang melanda di negara luar, sedangkan ada insan yang sedang bertarung nyawa dan bertungkus-lumus menjalankan tugas kemanusiaan mereka di medan perang yang penuh dengan pertumpahan darah.

Sangat tersentuh dan terharu sangat dihujung filem sehingga membuatkan sis dibuai emosi dan airmata pun berguguran disaat bacaan Al-Fatihah mengiringi askar-askar yang kembali dari medan peperangan..

Serius guys! WAJIB layan filem ini! Filem ini pernah ditayangkan di pawagam GSC pada 17 Mac 2022.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI