ERIN BROCKOVICH(2000) – JULANG JULIA ROBERTS DI ACADEMY AWARDS

5
(4)

ERIN BROCKOVICH adalah filem biografikal mengenai seorang pembantu guaman dan aktivis alam sekitar yang berjuang Melawan konglomerat besar Pacific Gas & Electric Company (PG&E) dalam tuntutan saman kes pencemaran sumber air di sebuah bandar kecil di California.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

Erin Brockovich seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak dan tidak bekerja. Wanita itu mendekati peguamnya yang mengendalikan kes kemalangannya dan meminta kerja dari lelaki itu kerana dia perlukan wang,dan tuntutan pampasan kemalangannya juga tidak berjaya di mahkamah. Nasib menyebelahinya apabila peguam tersebut memberinya tugas sebagai seorang pembantu undang-undang(kerani) di pejabatnya.

Seawal penglihatan Erin Brockovich dalam pekerjaan barunya,dia diminta untuk menguruskan kes terhadap sebuah syarikat besar iaitu (PG&E). 

Mengejutkan apabila Erin Brockovich menemui rekod-rekod perbuatan yang meragukan, dan wanitaa itu terus melakukan siasatan. Pastinya dia menemui pelbagai rahsia kejatahan yang merosakkan manusia dan alam sekitar.

Perjuangan yang bukan mudah namun amat berbaloi kerana nasib mangsa-mangsa pencemaran harus dibela.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI