HORROR SUPERNATURAL PHILIPPINES “SUNOD 2019”

4
(1)

SUNOD (2019)

#horrorsupernatural #Philippines #mystery #urbanlegend 

Olivia (Carmina Villaroel) merupakan seorang ibu tunggal yang pemalu tetapi juga memiliki hati dan jiwa yang kuat! Yang sanggup buat apa sahaja demi menyelamatkan satu-satu anak gadisnya, Annelle (Krystel Bimner), yang menghidap penyakit jantung.

Untuk membiayai kos rawatan hospital, Olivia begitu terdesak untuk mencari pekerjaan sehinggalah dia diterima bekerja sebagai operator khidmat pelanggan di sebuah syarikat Liboro Global Outsourcing (LGO) yang berlokasi di bangunan lama yang dipanggil rumah Liboro.

Alkisahnya Rumah Liboro ini mempunyai sejarah kelam. Bangunan itu adalah bekas penempatan yang digunakan untuk merawat mangsa² yang terselamat dari Perang Dunia ke-2. Kemudian ia dibeli oleh Doktor Jaime Liboro pada tahun 70an dan dibangunkan sebagai hospital di Manila.

Tidak berapa lama kemudian, satu tragedi berdarah yang mengerikan telah berlaku dan hospital tersebut ditutup. Sehinggalah ia dibangunkan semula oleh pewaris keluarga Liboro iaitu Karen Liboro (Mylene Dizon) yang merupakan anak tunggal Doktor Jaime Liboro.

Pada satu malam ketika bekalan elektrik bangunan tersebut terputus, sesosok lembaga kecil telah mengintai Olivia dari kejauhan. Yang mana kemudian Olivia dikejutkan dengan kehadiran seorang anak perempuan yang bernama Nerisa.

Sebenarnya Nerisa ini adalah ROH YANG GENTAYANGAN yang telah lama terperangkap di bangunan tersebut dan hanya menunggu masa untuk seseorang membebaskannya dari terperangkap di rumah Liboro.

Apakah yang terjadi selepas Olivia menjumpai Nerisa? Siapakah Nerisa ini? Adakah Nerisa merupakan roh yang baik atau berniat jahat?? Untuk mendapatkan jawapannya, anda perlu tonton sendiri filem ini.

Sub-plot filem ini cukup menarik bagi sis kerana penuh misteri, walaupun ada sedikit “plot hole’ sana sini dan penceritaan asal usul Nerisa dan hubung kait dengan keluarga Liboro itu tidak dijelaskan dengan sepenuhnya pada akhir cerita nanti.

Jarang dan susah nak dapat filem² bergenre seram dari Filipina, jadi sis recommend anda untuk tonton filem ini agar dapat menilai cerita ini sendiri.

Tonton TRAILERNYA di

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI