HOSTILE 2017

4
(2)

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗳𝗶𝗹𝗲𝗺 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝗮 𝗣𝗔𝗦𝗖𝗔-𝗔𝗣𝗢𝗞𝗔𝗟𝗜𝗣𝗧𝗜𝗞 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗨𝗡𝗜𝗞, 𝗧𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚, 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗡𝗚, 𝗕𝗘𝗥𝗘𝗠𝗢𝗦𝗜 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗔𝗡𝗗 𝗧𝗛𝗘 𝗘𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 𝗕𝗟𝗘𝗪 𝗠𝗬 𝗠𝗜𝗡𝗗!

1. Mengisahkan sebuah kisah percintaan dan perhubungan yang tiada sempadan, yang tidak mengenal usia, tidak mengenal latarbelakang.

2. Perjuangan antara hidup dan mati seorang wanita di dunia pasca-apokaliptik, berjuang demi meneruskan kelangsungan hidup dan melawan raksasa pemakan manusia yang hanya keluar pada waktu malam.

3. Pengorbanan seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya tidak kira apapun kondisinya. Yang akhirnya membawa kepada kisah percintaan yang sungguh klasik, epik dan menyayat hati.

𝗛𝗢𝗦𝗧𝗜𝗟𝗘 (𝟮𝟬𝟭𝟳) Juliette (lakonan Ashworth), merupakan salah seorang yang terselamat daripada bencana pasca-apokaliptik yang terpaksa menjalankan tugas untuk mencari bekalan makanan bagi sisa baki umat manusia yang masih terselamat.

Namun ketika dalam perjalanan pulang ke kem, kenderaan yang dipandunya mengalami kemalangan dan mengakibatkan ia terbalik dan kaki Juliette patah.

Saat dia sedar malam semakin tiba, dia tahu bahaya juga makin mendekatinya. Dalam kondisinya dengan patah kaki dan menyukarkannya untuk bergerak, Juliette harus mencari jalan untuk melindungi dirinya daripada si makhluk karnibal yang pasti akan keluar mencari makanan.

Disaat inilah, emosi halusnya membawanya ke kisah silamnya sebelum berlakunya pasca-apokaliptik ini. Beberapa babak “Flash-back” dapat kita lihat Juliette mengimbas kembali kenangan bersama kekasih tercintanya, Jack (lakonan Fitoussi).

Semua kisah romantis yang penuh suka dan duka yang akhirnya membawa Juliette berdepan semula dengan makhluk karnibal pada masa kini. Dia sedar sekiranya dia tidak bertindak terburu-buru ketika itu, Jack tentu masih bersamanya lagi ketika ini.

𝗧𝗥𝗔𝗜𝗟𝗘𝗥 𝗗𝗜

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

ARTIKEL LAIN