AN URBAN LEGEND KILLER (KANDISHA 2020)

4
(2)

KANDISHA merupakan URBAN LEGEND dari Morocco. Dia adalah seorang wanita yang kematian suami ketika berperang dengan penjajah Portugis pada abad ke-16.

KERANA DENDAM, KANDISHA menggunakan kecantikannya untuk membalas dendam para penjajah yang telah membunuh suaminya. Namun sebelum dia sempat membunuh kesemua musuhnya, KANDISHA telah ditangkap dan dibunuh dengan brutal oleh 6 orang tentera Portugis.

Mengikut lagenda sebelum dia dibunuh, KANDISHA sempat membuat perjanjian dengan syaitan agar rohnya boleh bangkit semula untuk meneruskan dendam kesumatnya yang belum selesai. Cara menyeru dia adalah melukis bentuk pentagram (lambang bintang) atau menggunakan papan Ouja dan KANDISHA PASTI AKAN MUNCUL DALAM BENTUK WANITA YANG CANTIK TETAPI MENYERAMKAN!

Yang menariknya, KANDISHA hanya akan membunuh kaum lelaki sahaja. Mana-mana gadis atau wanita yang menyerunya, KANDISHA pasti akan muncul dan membalas dendam bagi pihak yang menyerunya. (⚠️ DON’T TRY THIS AT HOME LADIES !)

Adakah KANDISHA benar-benar hanya akan membunuh lelaki yang kita berdendam sahaja?? 

Dalam filem KANDISHA (2020) terbitan Perancis ini, ia mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Amelie dan dua orang kawan perempuannya lain yang merupakan pelukis grafiti bebas. Pada mulanya kehidupan Amelie cukup bebas dan tenang, sehinggalah satu malam Amelie dipukul hingga pengsan dan hampir dir0g0l oleh bekas teman lelakinya yang “GILA TALAK”, setelah Amelie menolak untuk kembali ke pangkuannya.

Disebabkan rasa amarah Amelie terhadap perlakuan bekas teman lelakinya itu, Amelie telah menyeru KANDISHA dengan melukis bentuk pentagram di dinding bilik airnya menggunakan darah dari bekas lukanya sambil menyebut nama ‘AICHA KANDISHA‘ beberapa kali sambil menumbuk dinding tersebut dalam kemarahan.

Keesokannya, Amelie mendapat khabar yang bekas teman lelakinya telah mati kerana dilanggar oleh kereta. Tidak berapa lama kemudian salah seorang kawan lelaki Amelie juga mati terbakar dengan unggun api ketika berpesta di keliling unggun api.

Satu persatu kematian kunjung tiba di sekeliling Amelie dan apa yang paling menakutkan mereka yang mati semua adalah kenalan rapat Amelie.

Tidak dapat menerima kejadian tragis itu, Amelie dan dua orang kawan perempuannya pergi ke Masjid mencari “ORANG PANDAI” untuk membantu mereka menggusir KANDISHA.

Satu ritual dijalankan namun ia tidak juga berjaya dan hanya ada satu jalan terakhir yang pasti sangat sukar untuk Amelie lakukan!

Apakah jalan terakhir itu? Mampukah Amelie mematahkan sumpahan KANDISHA dan mengusir KANDISHA buat selama-lamanya??

 

REVIEW RINGKAS

Untuk keseluruhan filem ini, sis beri 7/10⭐⭐⭐ Sebab sis memang suka filem-filem bergenre seperti ini apatah lagi yang penuh misteri (lain orang lain citarasanya) dan bagi sis jalan ceritanya menarik dan agak “disturbing” juga untuk beberapa babak dalam filem ini terutamanya apabila KANDISHA muncul dan membunuh setiap lelaki yang ada kaitan dengan Amelie.

Cara KANDISHA membunuh juga bukan main mengerikan dan cukup sadis! Nampak realistik! Senang kata, semua visual effect dan rupa KANDISHA yang ditampilkan dalam filem ini memang A-Class. Soundtrack dia pun best!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI