KECURIGAAN YANG MEMBUNUH (CHLOE -2009)

5
(2)

“Syak suami berlaku curang, si isteri mengupah pelacur untuk mengumpan si suami”.

Sepasang suami isteri yang merasa hubungan mereka semakin hambar dan membuatkan si isteri mempunyai prasangka yang suaminya telah berlaku curang dengan wanita lain.

Sebuah filem bergenre PSYCHOLOGY THRILLER remake dari filem Perancis bertajuk “Nathalie (2004)” yang pasti membuatkan anda merasa tidak selesa dan mempermainkan emosi kita! Twist yang sungguh tidak dijangka!

Menampilkan barisan pelakon Hollywood yang cukup dikenali nama mereka, Liam Neeson, Julianne Moore dan Amanda Seyfried. Gabungan lakonan yang cukup hebat dan tidak mengecewakan! Setanding dengan versi asalnya (anda boleh cuba tonton versi asal dari France yang bertajuk “NATHALIE”).

CHLOE (lakonan Amanda) mengisahkan tentang seorang pelacur atau “call girl” yang diupah oleh Catherine (lakonan Julianne Moore) untuk mengawasi dan mengumpan suaminya David Stewart (lakonan Liam) sama ada suaminya mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual dengan wanita lain. Ini kerana Julianne mengesyaki suaminya telah berlaku curang terhadapnya dan mempunyai hubungan sulit dengan pelajar di kolej suaminya.

Catherine merupakan seorang Doktor Pakar Puan, suaminya David pula adalah seorang pensyarah yang mengajar disebuah kolej di luar bandar. Namun hubungan mereka semakin hambar dan renggang sejak sering berjauhan dan ditambah dengan kesibukan kerja. Mereka juga mempunyai seorang anak lelaki yang telah meningkat remaja Michael (lakonan Max Thieriot) dan sering menimbulkan masalah dalam keluarga mereka akibat dari kekurangan perhatian dan kasih sayang.

Segala syak wasangka bermula apabila suatu hari Cathrine yang telah menyiapkan majlis ulangtahun untuk David namun David memberi alasan yang dia tidak dapat pulang. Memburukkan keadaan lagi, apabila telefon bimbit David mengandungi gambarnya berpelukan mesra bersama salah seorang pelajarnya.

Suatu malam, David dan Catherine keluar makan malam di sebuah restoran mewah dan didapati David bergurau nakal dengan pelayan di restoran tersebut. Ini telah menambahkan rasa curiga Catherine yang membuak-buak sehingga dia merasa memang benarlah David telah berlaku curang terhadapnya.

Di restoran yang sama, Catherine telah berkenalan dengan seorang gadis yang bernama Chloe yang merupakan seorang pelacur atau “call girl” yang ketika itu sedang melayan pelanggannya.

Bermula dari saat itu, timbul idea gila dari Catherine yang mana dia membuat perjanjian dan mengupah Chloe untuk mengawasi dan menggoda David. Catherine ingin menguji kesetiaan David dan melihat sejauh mana David boleh menahan godaan dari seorang gadis. Chloe perlu melaporkan segala tindak tanduk ketika mereka sedang bersama dan apa yang telah mereka bualkan dan lakukan.

Chloe movie image Liam Neeson and Amanda Seyfried

Agak-agak anda semua apakah yang bakal berlaku kepada David dan Chloe? Adakah benar David berlaku curang atau sebaliknya? Atau ada sesuatu lain yang mungkin tidak diketahui Catherine dan menyebabkan Catherine menyesal seumur hidupnya?

AMARAN!

Filem ini tidak sesuai untuk tontonan umum dan bersama anak-anak kerana mengandungi babak-babak “Dewasa”.

Layan dulu trailernya!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI