10 Filem Paling Menakutkan Sepanjang Zaman Berdasarkan Rating Di Rotten Tomatoes

0
(0)

1. It (2017)

It (2017) sebuah filem yang mampu memberikan penonton mendapat Coulrophobia , dimana filem ini memaparkan bahawa badut juga mampu membawa trauma kepada kanak-kanak sehingga mereka menjadikan kanak-kanak sebagai mangsanya.

Tomatometer score: 85%

 

2. The Conjuring (2013)

Sebuah filem berdasarkan kisah benar tentang pasangan penyiasat paranormal terkenal yang cuba membantu menyelesaikan masalah paranormal yang menimpa sebuah keluarga yang mampu mengancam nyawa mereka.

Tomatometer score: 86%

 

3. Hereditary (2018)

Sebuah filem horror yang mengisahkan Annie yang baru sahaja kematian ibunya. Kejadian demi kejadian berlaku dalam keluarga Annie sehingga meragut nyawa anaknya sendiri.

Tomatometer score: 90%

4. Halloween (1978)

 

Selepas 15 tahun Michael yang ditempatkan di sebuah hospital mental telah terlepas. Selepas terlepas, dia cuba membunuh bekas pengasuhnya. Bukan itu sahaja sesiapa yang cuba menghalang akan dibunuh dengan kejam.

Tomatometer score: 96%

5. Jaws (1975)

Sebuah filem thriller yang sangat popular dizamannya. Dimana filem ini mengenengahkan kisah ikan jerung yang membunuh dan membaham pengunjung yang berenang di perairan pulau Amity. Beberapa pakar biologi telah bergabung untuk memburu ikan jerung yang ganas tersebut.

Tomatometer score: 97%

6. The Texas Chainsaw Massacre (1974)

Mengisahkan lima sekawan yang diburu oleh pembunuh bersiri yang sangat kejam setelah kereta mereka kehabisan minyak disebuah pekan kecil.

Tomatometer score: 89%

7. Get Out (2017)

Nasib seorang lelaki berkulit hitam bakal berubah sekelip mata setelah dia pergi untuk berkenalan dengan ibu bapa kekasihnya. Pada mulanya kedatangannya dialu-alukan, tetapi semakin lama dia berada disitu setiap penduduk berkulit hitam dikawasan kejiranan itu menjadi semakin pelik.

Tomatometer score: 98%

8. The Babadook (2014)

Seorang kanak- kanak mempercayai bahawa ada makhluk lain yang tinggal bersama dengannya sekeluarga. Disebabkan perangainya samakin lama semakin berubah, ibunya mula menyiasat apakah betul tentang apa yang diperkatakan oleh anaknya itu.

Tomatometer score: 98%

9. Alien (1979)

Satu krew kapal angkasa telah dapat memintas sebuah isyarat kecemasan dari sebuah planet asing dan mereka cuba menyiasat tentang hal itu, malang sekali nyawa mereka bakal terancam setelah kapal angkasa mereka diserang oleh makhluk asing.

Tomatometer score: 93%

10. Psycho (1960)

Kehilangan Marion menjadi tanda tanya selepas mencuri duit dari majikannya. Kekasih dan kakaknya cuba mencarinya dan akhirnya sampai ke Bates Motel yang sangat terkenal, di mana mereka bertemu Norman Bates.

Tomatometer score: 97%

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI