Peminat Jijik Babak Panas Jenna Ortega

0
(0)

Adegan seks antara Jenna Ortega dan Martin Freeman dalam sebuah filem baru bertajuk Miller’s Girl telah dicap sebagai ‘jijik’ oleh penonton kerana perbezaan umur 31 tahun di antara dua pelakon itu.

 

Pelakon siri Wednesday, Jenna Ortega berusia 21, memainkan watak pelajar berusia 18 tahun bernama Cairo Sweet. Manakala Martin 52 tahun, memegang watak sebagai gurunya Jonathan Miller.

 

 

Filem ini menyaksikan kedua-duanya terjerat dalam hubungan yang sangat kompleks dan tidak sesuai. Cairo memilih untuk menulis cerita tentang seks selepas diberi tugasan penulisan kreatif oleh Jonathan.

 

Adegan berani daripada cerita yang ditulis itu kemudian dimainkan di skrin oleh Jenna dan Martin. Ini membuatkan penonton mengecam kerana jurang umur yang tidak sesuai.

 

 

Melalui ulas di laman media X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, penonton mengeji dan sudah jemu dengan adegan kotor yang melibatkan perbezaan umur yang begitu ketara dan tidak bersesuaian sebegitu.

 

Dalam filem itu, Martin memainkan peranan sebagai seorang penulis gagal yang beralih kepada bidang pendidikan selepas percubaannya untuk menjadi penulis berjaya dengan karyanya diterbitkan tidak kesampaian.

 

 

Dalam watak Jenna sebagai Cairo, dia melihat sejumlah besar bakat yang belum diterokai. Walaupun semakin dia mengejarnya semakin hubungan itu tidak sesuai.

 

Dia memilih untuk mempertaruhkan kerjaya dan perkahwinannya untuk mencuba dan membantu Cairo berjaya dalam bidang yang dia telah gagal.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI