Gambaran Awal Permainan Maut Squid Game 2

0
(0)

Squid Game telah mendedahkan gambar-gambar pandang pertama untuk Musim ke-2!

 

Pada tarikh 2 Februari, siri Netflix yang popular bertajuk Squid Game telah melancarkan gambar-gambar pegun pandang pertamanya daripada musim kedua yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat.

 

Gambar-gambar pegun yang telah dimuat naik itu memberikan sedikit sebanyak gambaran awal watak dari musim pertama yang akan muncul kembali.

 

Tidak lupa juga pendedahan pelakon baru yang akan melakonkan watak peserta baru yang bakal menghadapi permainan maut di musim terbaru ini.

 

 

Dalam musim terbaru Squid Game 2, watak Sung Ki Hoon (lakonan Lee Jung Jae) memilih untuk tidak mengikuti anak perempuannya di Amerika Syarikat demi mengejar matlamatnya sendiri yang dikaitkan dengan permainan maut yang dimenanginya pada Musim 1.

 

Sebagai tambahan kepada protagonis Ki Hoon, gambar pegun yang baru dikeluarkan dari musim akan datang menunjukkan watak Front Man yang penuh teka-teki (lakonan Lee Byung Hun) dengan topengnya ditanggalkan.

 

 

Dipaparkan juga watak utama itu duduk berhadapan bersama-sama Jurujual misterius (yang dilakonkan oleh Gong Yoo). Watak yang sama merekrut Ki Hoon dalam Musim 1 siri tersebut.

 

 

Gambar terakhir memperkenalkan penonton kepada watak baru yang akan dimainkan oleh Park Gyu Young. Wataknya itu nampaknya telah direkrut sebagai peserta permainan maut Squid Game Sotong yang terbaru.

 

 

Musim kedua itu dijadualkan terbit di platform Netflix seluruh dunia pada penghujung tahun 2024.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI