Obsesi Yang Memakan Diri – DETAK (2021)

0
(0)

Detak adalah sebuah filem bergenre psycho thriller yang telah ditayangkan pada tahun 2021.

Sebelum filem ini ditayangkan, tajuk filem ini adalah “Tarian Lengger Maut” akan tetapi telah ditukar kepada “Detak”. Filem ini diarahkan oleh Yonki Ongestu dan dibintangi oleh Refal Hady, Della Dartan, Alyssa Aidin dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan seorang doktor bernama Jati yang telah ditugaskan untuk merawat penduduk di kampung Pagar Alas.

 

Sepanjang Doktor Jati bertugas di kampung itu, ramai penduduk terutamanya kaum lelaki di kampung itu sering jatuh sakit dan berjumpa dengan Doktor Jati. Semakin lama, ramai penduduk yang hilang tanpa berita.

Di kampung Pagar Alas, penduduk disitu berhibur dengan hiburan utama kampung itu dengan melihat persembahan tarian Lengger Maut.

Seorang penari muda Tarian Lengger Maut bakal ditabalkan menjadi penari utama tarian itu.  Penari muda itu adalah Sukma, Sukma adalah seorang wanita yang cantik, pemalu, dan sopan.

walaupun tidak pernah sekali pun Jati dan Sukma bertegur sapa, tetapi apabila Jati melihat Sukma menari dengan indah, jantung Jati berdegup laju. dia tidak memahami apa yang terjadi sebenarnya. Apa yang terjadi dengan jantungnya, mengapa jantungnya sering berdegup laju apabila melihat Sukma.

Apa yang penduduk kampung tidak tahu, Doktor yang mereka percaya itu adalah seorang yang obses dengan degupan jantung manusia sehingga sanggup membuat apa sahaja demi mengumpul jantung manusia. Kesemua mangsa adalah penduduk lelaki kampung Pagar Alas yang datang untuk dirawat. Mereka dibunuh dengan kejam oleh Jati. Badan mereka dibelah hidup – hidup kerana Jati mahu melihat degupan terakhir jantung mangsa – mangsanya.

Pengakhiran buat Jati, Obsesinya telah memakan dirinya sendiri setelah dia sendiri tidak memahami mengapa jantungnya berdetak lebih laju setelah bersua dengan Sukma.

Apakah pengakhiran untuk Doktor Jati? Anda boleh saksikan Detak di Netflix

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI