5 Filem Seram Indonesia yang Paling Menakutkan!

0
(0)

Filem seram merupakan salah sebuah genre yang paling diminati para penonton. Industri perfileman Indonesia sangat terkenal dengan filem-filem seram mereka. Banyak filem seram Indonesia mengangkat kisah urban lagenda dan juga mistik yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

Berikut ini adalah beberapa pilihan filem seram Indonesia yang paling menakutkan. 

 

  1. Jelangkung


Filem Jelangkung menceritakan tentang empat sekawan yang mencari tempat-tempat puaka demi mendapatkan pengalaman mistik. 

Soni, salah seorang dari empat sekawan tersebut memutuskan untuk menggunakan ritual Jelangkung untuk mendapatkan ilmu ghaib. Namun perkara tersebut membawa malapetaka yang menghantui empat sekawan ini.

 

  1. Bangsal 13

Kisah ini bermula ketika watak yang bernama Natasha dan Mina secara tidak sengaja melanggar seorang gadis bernama Hera. Selepas kemalangan tersebut, Natasha dan Mina membawa Hera ke hospital.

Malamgnya semua hospital yang mereka kunjungi sudah penuh sehingga tidak dapat merawat Hera. Oleh sebab itu keadaannya makin tenat, maka pihak hospital akhirnya memutuskan untuk membuka kembali salah satu bilik yang sudah lama ditutup, iaitu bilik nombor 13 setelah 20 tahun dikunci.

Dari situlah pelbagai kejadian aneh serta menyeramkan mula terjadi. Rupa-rupanya bilik 13 menyimpan roh seorang sister yang ingin balas dendam.

 

  1. Keramat


Ditayangkan pada tahun 2009, Keramat mengisahkan tentang sebuah pasukan penerbitan filem yang sedang melakukan penggambaran di sebuah desa terpencil di Bantul. Banyak konflik yang terjadi diantara anggota pasukan.

Konflik makin menjadi-jadi apabila salah seorang pelakon kemudian dirasuk. Untuk menyelamatkan pelakon tersebut mereka terpaksa menemui pakar paranormal dan akhirnya terjebak dalam hutan yang penuh keanehan dan juga misteri.

 

  1. Rumah Dara



Berbeza dengan filem seram Indonesia yang lain, Rumah Dara membawa sub genre seram iaitu slasher yang lebih fokus pada manusia jahat dan merupakan pembunuh bersiri. Selain itu, filem ini juga tidak menampilkan hantu atau roh jahat untuk menambahkan sensasi seram, cukup sekadar manusia kejam yang sadis sebagai punca kejahatan. 

Rumah Dara menceritakan tentang kisah pasangan muda yang bernama Adjie dan Astrid dengan tiga orang sahabat lain iaitu Alam, Eko dan Jimmie. Mereka berlima terperangkap di sebuah rumah seorang pembunuh misteri yang bernama Dara.

Mereka berkunjung ke rumah Dara selepas menolong seorang wanita yang bernama Maya yang mengaku dirompak. Malangnya kebaikan mereka membawa musibah.

 

  1. Pengabdi Setan 


Filem Pengabdi Setan menceritakan tentang sebuah keluarga miskin serta malang yang dihantui oleh kematian ibu mereka yang meninggal dunia selepas terlantar selama tiga tahun.

Ibu tersebut menghidap penyakit aneh yang membuatkan tubuhnya lemah. Selepas pemergiannya, keluarga tersebut mula mengalami pelbagai gangguan dan perkara mistik.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI