Song Hye Kyo & Han So Hee Bergandingan Dalam K-drama The Price of Confession Tetapi

5
(4)

Pada Ogos 2022 lalu, wakil dari dua bintang terkenal Korea Song Hye-kyo dan Han So-hee telah mengesahkan bahawa kedua-dua bintang itu akan bergandingan menbawa watak utama dalam siri thriler “The Price of Confession” yang akan diarahkan oleh Lee Eung-bok yang juga pernah mengarahkan drama “Descendants of the Sun”, “Sweet Home”, “Mr.Sunshine” dan “Jirisan” dan ia akan ditulis oleh Kwon Jong-kwan dari “Sad Movie” dan “Proof of Innocence”.

Dalam drama bersiri “The Price of Confession” ini, mengisahkan kisah berdarah dua wanita yang terlibat dalam kes pembunuhan.

Song Hye-kyo akan membawakan peranan sebagai Ahn Yoon-soo seorang guru seni. Namun kerana satu kejadian yang tidak dirancang, impian dan masa depannya bakal hancur dan mengubah hidupnya. Ahn Yoon-soo cuba mencari jalan penyelesaian tetapi dia tidak dapat melakukannya.

Han So-hee akan membawakan peranan sebagai seorang wanita misteri bernama Mo-eun. Tetapi identiti Mo-eun tidak akan didedahkan dalam cerita ini. Disebabkan kecenderungan antisosialnya, semua orang takut kepadanya tetapi dia menghulurkan bantuan kepada Yoon-soo, memulakan kehidupan baharu.

Malangnya pada 3 Januari yang lalu, sumber YTN Star menyatakan bahawa pengarah Lee Eung-bok telah menarik diri daripada produksi. Khususnya, memandangkan penggambaran “Sweet Home” musim 2 dan 3 untuk Netflix mengambil masa lebih lama daripada yang dirancang dan dia tidak dapat menyelaraskan jadualnya.

Drama yang dijangka menjadi pertemuan pertama diantara pelakon Song Hye-kyo dan Han Soo-hee nampaknya tidak berjalan seperti yang telah dirancangkan.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI