Tom Cruise Pelakon Bergaji Tertinggi 2022 Selepas Mendapat $100 Juta

5
(2)

Nampaknya tahun 2022 merupakan tahun yang paling beruntung dan luar biasa bagi pelakon veteren genit berumur 60 tahun yang terkenal dengan kelincahan aksi-aksinya yang mengagumkan dan penuh risiko dalam filem siri MISSION IMPOSSIBILE, TOM CRUISE.

Terkini dilaporkan pelakon yang membintangi Top Gun: Maverick memperoleh hampir 10 kali ganda daripada apa yang dia pernah terima sebelum ini. Pendapatan Tom Cruise terkumpul bagi 2022 sebanyak AS$100 juta itu menjadikannya pelakon dengan bayaran tertinggi pada tahun ini.

Filem ini memperoleh 96 peratus pada agregator ulasan Rotten Tomatoes, 8.4/10 pada IMDb, dan 78 peratus pada Metacritic. Satu pencapaian yang cukup membanggakan dalam karier Tom Cruise dan pastinya Paramount Pictures sendiri teruja kerana ini merupakan kutipan tertinggi sepanjang masa syarikat produksi tersebut dengan kutipan ratusan juta di Box Office.

Filem ini juga telah menerima beberapa pencalonan anugerah, termasuk Anugerah Golden Globe untuk Filem Terbaik pada 2023, beberapa kategori Anugerah Satelit dan Anugerah Pilihan Pengkritik.

Cruise juga menerima Palme d’Or di Festival Filem Antarabangsa Cannes. Pelakon itu disambut dengan tepukan gemuruh sebaik menerima anugerah itu pada 18 Mei 2022 lalu.

Dia berucap kepada orang ramai yang terharu sebelum dia dianugerahkan, dengan berkata: “Terima kasih atas masa anda. Filem ini saya buat untuk anda semua.”

Tom Cruise juga dijangkakan akan menerima lebih banyak bayaran untuk filem terbarunya di Mission Impossible yang akan datang iaitu Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One yang bakal ditayangkan pada tahun 17 Julai 2023 ini dan Mission: Impossible 8 pada tahun 2024.

Selain Tom Cruise, berikut 9 artis Hollywood yang menerima bayaran tertinggi sebagaimana yang dilaporkan oleh Variety:

  1. Will Smith (Emancipation) — AS$35 juta
  2. Leonardo DiCaprio (Killers of the Flower Moon) AS$30 juta
  3. Brad Pitt (Formula 1 Drama) AS$30 juta
  4. Will Ferrell (Spirited) AS$20 juta
  5. Chris Hemsworth (Extraction 2) AS$20 juta
  6. Vin Diesel (Fast X) AS$20 juta
  7. Tom Hardy (Venom 3) AS$20 juta
  8. Joaquin Phoenix (Joker 2) AS$20 juta
  9. Ryan Reynolds (Spirited) AS$20 juta

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI