DATUK HANS ISAAC BERSARA DARI DUNIA HIBURAN

5
(1)

“Saya sudah tidak mempunyai minat dalam bidang lakonan dan produksi” demikian kenyataan Datuk Hans Isaac berkenaan minatnya dalam bidang hiburan yang telah diceburinya lebih dari 25 tahun.

Menurut laporan UTUSAN MALAYSIA Datuk Hans Isaac kini lebih selesa menjadi seorang ahli perniagaan dan usahawan.

Untuk sebuah masa depan yang lebih cerah, aktor lagenda itu mengambil keputusan untuk bersara dari dunia hiburan dan menumpukan perhatian dalam bidang perniagaannya.

Datuk Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali sebagai Hans Isaac adalah satu figura yang dikenali ramai. Beliau memulakan kerjaya dengan penampilan pertamanya membawa watak Khal dalam filem Ringgit Kasorrga.

Gabungan Datuk Hans Isaac dan beberapa aktor tersohor tanah air seperti Dato’ Afdlin Shauki dan Dato’ Ac Mizal membuahkan hasil apabila filem-filem lakonan mereka iaitu Buli, Baik Punya Cilok, dan Cuci mendapat sambutan hangat.

Pastinya penonton-penonton drama tempatan pada tahun 90an tidak dapat melupakan persembahan Datuk Hans Isaac dan Nasha Aziz dalam drama bersiri lagenda Kutub Utara Kutub Selatan.

Siapa sangka pelakon kacak dengan karisma seperti Datuk Hans Isaac juga rupanya berbakat dalam genre komedi. Persembahan dalam konsert komedi Lawak Ke Der! Masih menjadi ingatan. Nampaknya sebutir bintang berbakat besar kini sudah mengundur diri dari dunia hiburan tanah air. Bakat yang akan sentiasa dirindui oleh peminat-peminatnya.

Semoga Datuk Hans Isaac terus maju jaya dalam bidang diceburi dan selamat bersara diucapkan. Pastinya karya serta lawak jenaka beliau akan terus diingati oleh para peminatnya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI