THE ODD FAMILY:ZOMBIE ON SALE(2019)

4.9
(11)

THE ODD FAMILY: ZOMBIE ON SALE

Sebuah filem komedi dari korea selatan, filem mengenai zombie.

Selalunya kalau otak sudah terlalu tepu menonton filem-filem berat, filem thriller, sekali dua dalam sebulan mesti perlu mencari Masa melayan filem-filem komedi atau filem-filem ‘no brainer’ untuk melapangkan fikiran dan menjemput mood santai.

Filem komedi dari korea selatan ini memang kelakar dan bakal membuat penonton terhibur.

Filem ini turut boleh ditonton di Viu Malaysia

 

Spoiler alert ⚠️

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang dahulunya memiliki perusahaan stesen minyak petrol yang berjaya. Tapi kini mereka hidup biasa-biasa sahaja, stesen minyak mereka juga sudah tidak beroperasi.

Sehinggalah pada suatu hari, ketua keluarga itu digigit oleh zombie, paling kelakar sewaktu keluarga ini membuat carian tentang zombie dan cara-cara untuk mengatasi masalah yang ditimpa si bapa tua itu.

Ajaibnya, keesokan hari selepas si bapa menerima gigitan zombie, dia tidak bertukar menjadi zombie, malah tampak lebih muda dan lebih bertenaga.

Orang-orang kampung akhirnya tahu rahsia tentang perubahan si bapa, mereka juga mahu digigit zombie tersebut.

Zombie yang menggigit itu kini dijaga oleh keluarga si bapa tadi, mereka menjalankan perniagaan dengan gigitan zombie tersebut.

Sekelip mata hidup mereka berubah, tapi mereka tidak pernah tahu akan bala dan tragedi yang bakal menimpa.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.9 / 5. KIRAAN BINTANG 11

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI