PELAKON DEDAH SPOILER FILEM TERBARU SHAZAM!

4.8
(5)

Helen Mirren, pelakon filem sequel Shazam! The Fury Of Gods telah tidak sengaja mendedahkan salah satu spoiler penting di dalam filem tersebut.

Di dalam sebuah wawancara, pelakon itu telah membuat satu pendedahan besar sewaktu membincangkan tentang sama ada wataknya Hespera itu seorang hero ataupun villain.

Dia memberitahu pihak The Associates Post yang dia tidak akan jawab soalan tersebut lalu menyuruh mereka mencari jawapannya sendiri.

Namun beliau menambah, wataknya merupakan salah satu watak dari tiga Dewi yang mana Lucy Liu bakal membawa watak Dewi bernama Kalypso dan Dewi ketiga pula dilakonkan oleh Rachel Zegler.

Itu merupakan pengalaman yang sangat hebat baginya kerana sepanjang filem tersebut dia menghabiskan kebanyakan masa bertiga. Kebiasaannya hanya dia sahaja watak utama wanita di dalam sebuah filem, namun kali ini mereka adalah trio dan dia amat sukakannya.

Helen Mirren sebelum ini terkenal dengan filem aksi R.E.D yang mana dia berlakon di samping bintang seperti Bruce Willis, John Malkovich dan Morgan Freeman.

Apa pendapat anda tentang pendedahan ini? Adakah anda teruja untuk menyaksikan Zachary Levi sebagai Billy Batson dan ahli keluarga Shazam yang lain kembali beraksi?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI