HOBBS TIDAK AKAN KEMBALI! – DWYANE HENTAM DIESEL

4.7
(3)

Pelakon Dwayne Johnson telah menolak jemputan Vin Diesel untuk kembali dalam filem Fast And Furious 10. Pelakon watak Black Adam itu turut menghentam Diesel yang menggunakan cara rayuan umum untuk memujuk dia kembali dalam franchise filem tersebut.

 

Dua bintang utama ini dikhabarkan mempunyai hubungan tidak baik sejak Dwayne menjadi watak utama di dalam filem spin off Hobbs & Shaw.

 

Dalam sebuah wawancara terbaru, Dwayne menyatakan dengan lebih jelas bahawa Luke Hobbs tidak akan muncul lagi. Dia telah pun memberitahu Diesel yang dia tidak akan kembali walapun dia tetap support franchise tersebut. Dia menambah lagi, kenyataan umum yang dibuat oleh Vin adalah contoh manipulasi. Dia tidak suka Vin Diesel menggunakan anak-anak untuk memujuk dan juga cara dia melibatkan kematian Paul Walker dalam hal ini.

 

Peminat The Rock pasti sedih tak dapat lihat beliau beraksi dalam fast franchise selepas ini.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI