LANGSUNG TIADA TAPIS KONTEN NETFLIX

5
(5)

Kecoh penstriman atas talian Netflix berkenaan konten didalamnya langsung tiada tapisan menyebabkan isu ini naik di perdebatan parlimen Dewan Rakyat hari ini ,kerajaan juga mengakui mempunyai kesulitan mengawal perkhidmatan Netflix kerana bukan dibawah hak kuasa untuk menyekat aktiviti pelanggan berbayar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa juga berkata undang-undang negara hanya tertakluk kepada pihak syarikat yang berdaftar di negara ini.

 

“Menteri tersebut juga berkata perkhidmatan internet yang global ini kita kerajaan masih tiada mekanisme. Jika sesuatu kandungan didapati tidak sesuai, kerajaan hanya dapat berbincang dan membuat permohonan kepada pihak penyedia perkhidmatan. “Itu saja boleh kita lakukan,”

Katanya sambil berkata masalah sama dihadapi negara lain, menjawab soalan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Pandangan peribadi kami, kita seharusnya yang memantau aktiviti anak-anak jika kita membenarkan dan melanggan perkhidmatan penstrimin tersebut, sebagai langkah kita boleh meletakkan kata laluan ditayangan yang tidak kesesuaian mengikut umur.

 

BACA JUGA ARTIKEL HARAM MENONTON FILEM DI ANDROID BOX

Selain dari meletakkan kata laluan di konten yang tidak sepatutnya di tontonkan kita juga seharusnya menghadkan aktiviti tersebut. Memang tidak dinafikan konten-konten yang dipertontonkan kebanyakan sangatlah tidak sesuai untuk tontonan umum contoh filem dari antarabangsa yang secara halus mempromosi agenda 18sx, lgbtq dan sebagainya.

Ini adalah pandangan peribadi kami, dan tidak ada unsur menyebelah dimana-mana pihak. Sebagai orang islam dan negara yang agama utama ialah islam kami juga sangat menitik berat tentang isu ini.

 

BACA SECRET CODE NETFLIX

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI