OLDBOY(2003)-BALAS DENDAM PALING KEJAM!!

0
(0)

OLDBOY antara filem yang berjaya buat para penonton tergamam dan ternganga dengan plot twist luar jangkanya. Filem neo-noir thriller Korea Selatan yang diarahkan oleh Park Chan-wook. OLDBOY dihasilkan dari inspirasi sebuah siri manga  Jepun dengan tajuk yang sama.

Lakonan hebat pelakon lagenda Choi Min-Sik yang pastinya akan melekat diingatan para penonton. Tragis dan penuh tipu daya. Selain Choi Min-Sik, filem ini turut dijayakan oleh pelakon-pelakon handalan seperti Yoo Ji-tae dan Kang Hye-jung.

OLDBOY merupakan sebuah filem yang berjaya mencungkil dan mengetengahkan elemen kejutan yang bukan kepalang. Sebuah filem dengan atmosfera klasik dan ganas tentang balas dendam yang teramat kejam. Sebuah tema yang sememangnya taboo diketengahkan dan pastinya buat penonton geleng kepala. Filem yang berjaya memaparkan aksi ganas dan memberi penonton meneroka lebih jauh ke dalam dunia dendam yang lebih gelap.

Awas spoiler :

OLDBOY

Dendam adalah satu kebinasaan,
Merosakkan akal,
Membunuh hati,
Penganiayaan yang menyakitkan.

Dae Su(Choi Min-Sik) diculik pada tahun 1988, Selepas dia ditahan akibat mabuk. Ingin bercakap dengan anaknya di telefon sempena hari lahir anaknya yang ke 4,tiba-tiba Dae Su hilang tanpa jejak.

Dae Su terkurung di sebuah bilik selama 15 tahun, tidak tahu apa motif dia diculik, Siapa yang mengurungnya, apa yang terjadi?

Selama 15tahun terkurung, tidak pernah berjumpa sesiapa. Selama tempoh kurungan, dia menonton TV dan dapat tahu bahawa isterinya telah mati dibunuh.

15 tahun yang memeritkan, dia melatih diri menjadi kental, mengorek dinding bilik kurungan untuk meloloskan diri,menjadi Seorang yang pandai berlawan. Gagah.

Dae Su diberikan sedatif. Dia dilepaskan. Bebas! Bebas setelah 15tahun.

Adakah ini benar-benar sebuah kebebasan? Dendam yang masih membara tidak akan melepaskan Dae Su. Mata syaitan sering memerhatikan.

Saksikan keperitan, kesengsaraan yang dialami.

Penuh babak ganas dan kekejaman.

Balas dendam yang kejam.

Kesakitan yang tidak akan dilupakan, kebebasan bukan lah untuk sebuah kehidupan,
Tapi sebuah neraka yang menghantui.

Siapakah Dae Su? Siapa yang menghukumnya? Apakah Kisah Di sebalik segala keperitan? Pembalasan apakah yang tidak dapat tercapai akal?

Nota -ada adegan ranjang, Tak Sesuai tengok seisi keluarga. Banyak babak gore, wajib tonton!

9.5/10 OLDBOY sebuah karya masterpiece!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI