SUPERNATURAL HORROR “THE PRIEST 2021”

4
(2)

Adakah anda meminati filem bergenre “SUPERNATURAL HORROR THRILLER MISTERI” yang berkonsepkan penyiasatan ala-ala filem “Da Vinci Code” dan melibatkan “EXORCISM”? Jika ya, tontonlah filem ini!

THE PRIEST (2021) adalah sebuah filem Malayalam menyajikan kita sebuah kisah yang telah digarap dengan tersusun, mudah difahami namun penuh dengan kejutan demi kejutan, TWIST demi TWIST ditambah dengan KESAN VISUAL dan SOUNDTRACK yang semestinya menambahkan keterujaan kita untuk menonton filem ini hingga akhir!

Filem ni bermula dengan seorang gadis muda bernama Diya (lakonan Saniya Iyyappan) datang mencari paderi Father Carmen Benedict (lakonan Mammootty) untuk menyiasat dan merungkai misteri kejadian bunuh diri yang telah berlaku disebuah keluarga kaya, Alatt Family. Satu persatu ahli keluarga tersebut bunuh diri.

Satu-satu ahli keluarga Alatt yang masih hidup adalah Elizabeth, dia menjadi suspek kepada kesemua kejadian misteri yang menimpa keluarganya. Namun suatu hari, Elizabeth juga telah ditemukan mati membunuh diri di bilik tidurnya.

Benedict yang teruja untuk menyiasat kes in, tanpa dia sedari dia bakal menjerumuskan dirinya ke sisi yang lebih gelap dan menakutkan dari apa yang disangkakannya apabila dia mula berjumpa dengan Ameya Gabriel (lakonan Baby Monica); seorang anak gadis yatim yang pendiam, suka menyendiri dan penuh misteri. Father Benedict dapat merasa pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Ameya dan mengesyaki kematian Elizabeth ada kaitan dengan Ameya.

Siasatan demi siasatan dilakukan oleh Father Benedict sehinggalah dia menemukan beberapa petunjuk yang mengaitkan kesemua kematian misteri keluarga Alatt.

Maka, bermulalah babak-babak yang SUSPEN dan MISTERI yang pasti bukan mudah untuk dia selesaikan!

Walaupun perkembangan plot filem ini agak perlahan, namun kerana gandingan lakonan yang hebat dari Baby Monica dan Mammootty, sis berikan 8/10 bintang untuk filem ini!

Filem ini anda boleh tonton secara streaming melalui Amazon Prime Video. Lain dari ini, anda boleh cuba goggle cari ya!

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI