SIRI ZOMBIE YANG MENJADI KEGEMARAN RAMAI “KINGDOM”

5
(3)

Bagi yang belum pernah lagi tonton siri Kingdom yang menjadi kegemaran peminat genre Zombie, sis sangat “HIGHLY RECOMMEND” anda semua untuk tonton siri ini. GILA DAEBAK tau! Siri ini cukup terkenal semasa mula-mula ditayangkan dan sangat trending pada 2019 dan 2020. Malah ramai yang tidak sabar menunggu Musim ke-3 ditayangkan.

Drama ini hanya ada 6 episod sahaja bagi setiap musim (ada 2 musim) dan jangan lupa juga sambung tonton spin off iaitu Kingdom: Ashin of The North (2021), 1 special episod yang mengfokuskan tentang permulaan dari segala peristiwa yang berlaku di Musim 1 dan 2. WAJIB TONTON bagi peminat genre thriller, suspen dan horror!

RINGKASAN DRAMA

Berdasarkan serial webtoon The Kingdom of the Gods (신의나라:버닝헬) ditulis oleh Kim Eun-hee. Berlatarbelakangkan pada abad ke-16 dan tiga tahun setelah berakhirnya Perang Imjin, kisah Kingdom bermula di Joseon (era Korea modern) digarap dengan elemen thriller politik dan kisah kewujudan zombie yang mengerikan.

Kisah bermula di mana Putera Mahkota Joseon, Lee Chang cuba menyiasat komplot terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang menyembunyikan penyakit misteri yang dihidap oleh Raja (bapa kepada Putera Lee Chang).

Namun melalui penemuannya, dia mula terperangkap di tengah-tengah diantara wabak yang mematikan dan perlu berhadapan dengan pegawai-pegawai kerajaan yang korup yang cuba merampas kuasa serta takhta Raja Joseon yang sedang uzur.

 

 

Setelah kematian Raja diumumkan, berlaku rampasan kuasa dan menyebabkan Putera Lee Chang tidak dapat menaiki takhta begitu sahaja. Malah dia dianggap sebagai pengkhianat dan dituduh membunuh Raja demi mendapatkan takhta kerajaan.

Putera Lee Chang tidak mendiamkan diri, dengan bantuan oleh salah seorang pengawal setianya dan seorang pawang wanita; bersama mereka mencari kebenaran disebalik kematian Raja dan punca wabak yang menyerang rakyat Joseon.

Disepanjang musim pertama, masih banyak misteri yang belum terungkap lagi yang kemudiannya ia disambung ke musim kedua. Jadi jangan lupa saksikan kesemua musim serta prekualnya melalui aplikasi Netflix. Anda pasti tidak akan berasa menyesal!

 

BILA PULA TAYANGAN MUSIM KETIGA?

Menurut sumber, secara rasmi Netflix belum lagi memperbarui atau membatalkan siri “Kingdom” untuk musim ketiga. Sebelum ini, para peminat menjangkakan musim ketiga akan ditayangkan pada 2022 ini setelah kejayaan Spin Off Kingdom: Ashin of The North pada 2021. Masih samar-samar lagi kenapa Netflix masih tidak mengumumkan ia. Mungkin juga ia ditunda ke satu tarikh yang belum diketahui disebabkan oleh COVID sebelum ini. Walaubagaimanapun, semua peminat Kingdom sudah pasti akan tetap setia menanti kemunculan musim ketiga.

RATING DRAMA

  • Musim pertama Rotten Tomatoes 93% /IMDb 8/10
  • Musim kedua Rotten Tomatoes 100% / IMDb 8.24/10
  • Rating peribadi 10/10

TRAILER

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI