THE MACABRE CASE OF PROM PIRAM (2003)

4.5
(15)

Berdasarkan KISAH BENAR yang diceritakan oleh salah seorang pegawai polis yang menyiasat kes ini.

 

“Seorang isteri dan ibu terencat akal dijual oleh mak mertua nya sendiri! Dikejar dan dirogol bergilir-gilir oleh berpuluh-puluh lelaki jahanam tidak berperikemanusiaan!! Dibunuh dengan sadis nya dan mayatnya dicampak di landasan keretapi!

Ketua kampung, doktor, pegawai daerah, penggali kubur, penduduk kampung baik tua atau muda; mereka semua inilah Iblis yang tergamak menganiayai seorang wanita yang tidak terdaya dan naif sehingga mengakibatkan wanita yang tidak berdosa itu mati terseksa berseorangan dan penuh penderitaan sebelum nafasnya yang terakhir!!

Ahhh! Sakitnya itu masih disini! Min benci dan mencarut tidak habis-habis saat melihat babak di mana segerombolan Iblis bergilir-gilir melucutkan seluar dan pakaian mereka bersedia untuk menjamah tubuh wanita yang hampir tidak bernyawa itu!!

 

Pada tahun 1977 seorang wanita terencat akal, Samnian Kratummok yang juga merupakan seorang isteri dan ibu anak satu sedang dalam perjalanan dari Bangkok ke Uttaradit untuk mencari suaminya yang telah lama tidak kembali dengan menaiki keretapi namun dia telah dihalau dan diturunkan di Stesen Keretapi Prom Piram kerana tiada tiket keretapi. Keesokan harinya mayatnya ditemui di tepi landasan keretapi Prom Piram dan melalui autopsi yang dilakukan, Samnian mati akibat dirogol berkali-kali dan kemudian dibunuh!

Setelah mayatnya dikenalpasti oleh mak mertua Samnian, mak mertua nya telah memberi tahu pihak polis yang Samnian sepatutnya pergi ke Uttaradit untuk mencari suaminya kerana suaminya telah lama meninggalkan mereka anak beranak dan mereka hidup dalam serba kekurangan kemudian menuduh lelaki yang menumpangkan Samnian ke stesen keretapi adalah pelakunya! Lelaki tersebut yang juga merupakan seorang pemandu lori dipanggil untuk memberi keterangan, namun lelaki tersebut menafikan yang dia tidak terlibat dalam kejadian tersebut dan mengatakan yang mak mertua Samnian sebenarnya tidak suka dengan Samnian kemudian menjual Samnian kepadanya untuk memuaskan nafsu. Namun saat dia membawa Samnian bersamanya, dia rasa serba salah melihat Samnian yang begitu lurus bendul. Kemudian menurunkan dan meninggalkan Samnian berseorangan di pertengahan jalan.

Maka bermulalah kisah duka lara dan liku-liku berduri yang Samnian perlu hadapi hanya dalam masa sehari! KEJADIAN SADIS SEHARI SEMALAM ITULAH YANG MENGORBANKAN NYAWANYA!

 

(Inilah Iblis-iblis yang sedang mengejar Samnian macam binatang buas yang sedang kelaparan mengejar mangsanya)

(Saat Samnian menyorokkan diri di celah-celah timbunan pokok jagung)

 

Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam hal ini? Yang pastinya, Samnian telah dibunuh dengan begitu sadis untuk menutup mulutnya agar para pelaku tidak dapat dijejaki!

Untuk pengetahuan anda, dalam filem ini akan ada banyak babak “flash back” sebelum dan sesudah kejadian. Penceritaan filem ini bermula dengan agak perlahan dan klimaks filem ini akan dapat dirasai selepas pelaku pertama dapat ditangkap dan membawa kepada penemuan seterusnya hingga akhirnya si dalang dan pembunuh sebenar dapat ditangkap.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 15

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI