SOLD (2014) – KISAH KANAK-KANAK YANG DILACURKAN

5
(6)

SOLD adalah sebuah filem arahan pengarah yang telah memenangi Academy Award iaitu Jeffrey D.Brown. Filem Sold dibikin berdasarkan sebuah novel terlaris karya Patricia McCormick dengan tajuk yang sama.

Filem ini memenangi beberapa anugerah antaranya anugerah Gambar Terbaik di Washington DC South Asian Film Festival. Hampir keseluruhan filem ini berlatarkan rumah pelacuran di India. Filem ini dihasilkan dalam Bahasa Inggeris bukannya Bahasa Hindi atau Bahasa Tamil. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa baris skrip dalam bahasa tempatan India yang dituturkan oleh para pelakon.

Dilaporkan seramai lebih kurang 5 juta kanak-kanak di seluruh dunia telah dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Hampir keseluruhannya terjebak ke kancah pelacuran.

Filem Sold menceritakan tentang bagaimana ejen rumah pelacuran mendekati keluarga miskin dan mengumpan mereka dengan wang ringgit kononnya mahu membawa anak-anak mereka untuk bekerja sebagai pembantu rumah di bandar besar.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

Lakshmi (Niyar Saikia) merupakan kanak-kanak yang tinggal di kawasan pergunungan Nepal dan berusia 13 tahun. Lakshmi anak gadis yang ceria itu telah dijual oleh ayahnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di India.

Dengan berat hati ibu Lakshmi melepaskan Lakshmi pergi, gadis kecil itu pula dengan segunung harapan sanggup ke India untuk mencari rezeki buat keluarganya.

 

Malang seribu kali malang, apabila tiba di India Lakshmi rupanya terperangkap di sebuah rumah pelacuran. Maka hidupnya berubah umpama neraka. Pelbagai cara dilakukan untuk dia melepaskan diri, tapi dia perlu berhati-hati supaya tidak ketahuan dan tidak diseksa dengan berat.

Filem ini adalah filem wajib tonton, filem yang membuka mata tentang nasib kanak-kanak yang dijual dan terpaksa menghambakan diri memuaskan nafsu lelaki dewasa berperangai iblis.

Sold berjaya membawa penonton dalam penghayatan diri Lakshmi ,turut dapat sama merasakan keperitan fizikal dan emosi yang dilalui oleh anak gadis itu. Lakshmi secara emosi dan fizikal telah dirosakkan oleh perogol-perogolnya,penonton turut sama merasakan pembawaan emosi yang dibawa oleh pelakon cilik ini.

Selain Lakshmi, Kita turut dibawa menerokai ke dalam jiwa mangsa-mangsa lain yang dipaksa melacur di tempat tersebut. Akhirnya sebuah filem yang sarat dengan emosi dan bercerita tentang kemiskinan yang menghancurkan keluarga.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI