KISAH SEBENAR HAMBA SEKS – EDEN(ABDUCTION OF EDEN 2012)

4.3
(8)

Eden (Abduction of Eden) merupakan sebuah filem Amerika Syarikat yang menceritakan tentang jenayah pemerdagangan manusia dan sekaligus jenayah menjadikan gadis-gadis sebagai pelacur atau hamba seks.  Filem ini dibikin berdasarkan kisah benar seorang gadis yang bernama Chong Kim yang telah mendakwa dia pernah diculik dan dijual oleh sindiket pemerdagangan manusia pada tahun 1990.

 

Filem yang penuh sentimental dan suspens ini dibintangi oleh Jamie Chung sebagai watak utama seorang gadis Korean-American yang bernama Hyun Jae Eden yang telah menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia. Selain itu filem ini turut membariskan Matt O’Leary dan Beau Bridges.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

Hyun Jae (Jamie Chung) terpedaya oleh seorang lelaki yang dijumpai di sebuah bar. Gadis itu mengikut tumpang lelaki terbabit yang menyamar sebagai seorang ahli bomba. Sayangnya Hyun Jae tertipu dan dia diculik, diikat dan diletakkan ke dalam bonet kereta berasingan.

Hyun Jae telah dilalikan dengan dadah, dan episod ngeri dalam hidupnya bermula. Dia diugut,jika cuba melarikan diri dan tidak memberi kerjasama, ibu bapanya akan dibunuh.

Penjenayah-penjenayah kejam tersebut menamakan Hyun Jae sebagai Eden dan dia mula dipaksa berlakon dalam filem lucah dan melakukan aktiviti pelacuran.

Sewaktu melakukan tugas pertama pelacuran, Hyun Jae telah menyerang pelanggannya dan dia cuba melarikan diri. Peristiwa itu mengakibatkan Hyun Jae didera dan diseksa bukan kepalang.

Setiap hari Hyun Jae dan teman-temannya dipaksa melakukan perbuatan terkutuk,setiap hari juga mereka akan melakukan ujian kehamilan.

Setahun berlalu, Hyun terpaksa hidup dalam neraka tersebut tanpa rela. Segala keperitan dan keterpaksaan terpaksa ditelan jika tidak mahu nyawa melayang. Pelbagai kegiatan Haram dilakukan , gadis-gadia yang sudah tua dilupuskan, gadis-gadia yang mengandung akan dibawa ke tempat lain dan bayi mereka akan dijual.

 

Lebih menyedihkan apabila terdapat pihak berkuasa sendiri yang terlibat dengan jenayah jijik ini. Pembunuhan dan pelupusan manusia adalah perkara biasa dalam urus niaga yang penuh noda ini.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI