THE STRANGERS (2008)

5
(3)

Diinspirasikan Dari Kisah Sebenar

Pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh ahli kultus/pengikut ajaran sesat “Keluarga Manson” Charles Manson. 

Sedikit latar belakang kisah yang sebenar:-

Ia berlaku pada 9 Ogos 1969, di Los Angeles. Pada malam tersebut, sekumpulan ahli keluarga Manson, termasuk Susan Atkins, Linda Kasabian, Patricia Krenwinkel dan Charles Watson telah memecah masuk rumah Pengarah Filem Roman Polanski di Cielo Drive. Linda bertindak sebagai pemerhati, manakala Susan, Patricia dan Watson memecah masuk ke dalam rumah dan membunuh lima orang dengan brutal sekali!

Dan pembunuhan ini berlaku kepada mendiang isteri kepada pengarah Roman Polanski. Isteri beliau Sharon Tate 26 tahun sadis dibunuh dengan kejam bersama dengan bayi yang masih di dalam kandungannya, ketika itu kandungan telah berusia 8 bulan! Sharon ditikam bertubi-tubi 16 kali dan anaknya yang belum lahir dipotong secara brutal dari perutnya. Dan bukan Sharon Tate sahaja yang menjadi mangsa, ramai lagi rupanya mangsa-mangsa lain.

Selain Sharon, mangsa-mangsa lain yang turut dibunuh makan itu adalah pendandan rambut selebriti Jay Sebring; pewaris kopi Abigail Folger; penulis skrip dan teman lelaki Folger Wojciech Frykowski dan Steven Parent berusia 18 tahun. Ketika kejadian berlaku, Polanski tidak berada di rumah pada malam itu kerana dia sedang membuat penggambaran filem di Eropah. Selepas ditangkap dan disabit kesalahan, Manson dan empat pengikutnya telah dijatuhkan hukuman penjara pada tahun 1971. Sumber penuh mengenai kesalahan dan hukuman yang mereka terima boleh rujuk di Wikipedia.

Baik, kembali kepada filem THE STRANGERS. Kisah bermula dengan pasangan yang sedang bercuti di sebuah kabin, Kristen (Liv Tyler) dan James (Scott Speedman).

THE STRANGERS, from left: Gemma Ward, Kip Weeks, Laura Margolis, 2008. ©Universal Pictures

Suatu malam, 3 orang asing bertopeng menceroboh dan menyerang mereka secara brutal dan menakutkan tanpa sebab yang diketahui. Mereka di hendap, di gertak dan di serang tanpa henti sehingga menyebabkan Kristen dan James perlu berjuang untuk mempertahankan nyawa mereka hingga ke saat akhir nyawa!

Apakah motif sebenar 3 pembunuh bertopeng ini menyerang Kristen dan James? Sehingga ke saat ini, tiada siapa yang tahu dan masih diselubungi misteri. Namun apa yang kita boleh lihat dalam filem ini, mereka melakukan pembunuhan untuk bersuka-suka atau “IT JUST AN ACT OF VIOLENCE!”

Ringkasan Review:-

1. Pembawakkan setiap karakter sepanjang cerita ini memberi impak yang mendalam, gambaran situasi sebenar yang berlaku nampak sangat realistik seolah-olah kita turut berada di situasi itu.

2. Plot dan penceritaan filem ini unik dan penuh dengan babak-babak suspen! Pacing filem agak perlahan untuk permulaan beberapa minit (kebanyakan filem berkisar dari Kisah Benar memang akan bermula dari plot yang perlahan) kemudian diikuti dengan babak suspen dan drama “Home Invasion” pun bermula bila pembunuh mula mencerobohi rumah mereka. Ada beberapa babak yang mungkin kita sebagai penonton akan rasa kurang logik tapi kita perlu faham ya, filem ini diinspirasikan dari kisah benar jadi kekadang apa yang berlaku di kehidupan yang sebenar tidak semestinya akan berlaku seperti apa yang kita harapkan (Dari sini min faham mengapa filem ini mendapat rotten tomatoes yang rendah, ini kerana para pengkritik amatur menjangkakan filem ini sehebat filem-filem rekaan, fantasi, dongeng dan berimaginasi tinggi).

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda suka dan terhibur dengan filem ini? Kalau ya, jangan lupa bagi “RATING BINTANG” di bawah.

Sekarang anda boleh menonton The Strangers streaming melalui Netflix, Hulu, Amazon Prime dan HBO Max. Lain dari ini boleh cuba carian di Google.

Mari kita layan dulu trailernya di

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI