REDHA (2016)

5
(1)

Dia bukan gila dia bukan cacat, dia Anak Autism

Filem Redha mengisahkan sepasang suami isteri yang pada awalnya bahagia, Razlan (Nam Ron) dan Alina (June Lojong) yang mempunyai seorang anak berusia 6 tahun bernama Danial (Harith Haziq) tinggal di terengganu.

Razlan bekerja di sebuah resort manakala Alina merupakan suri rumah sambil menjaga anaknya.Segala konflik bermula apabila Alina menyedari Danial tidak seperti kanak-kanak yang lain.Lebih suka menyendiri, bercakap dan bermain sendiri,suka ulang satu perkataan,tidak dapat menerima arahan dan tiada eye contact.

Saya beri jaminan pada yang menonton, akan terbuka luas minda dan air mata berjurai-jurai gugur tanpa henti.Permulaan yang biasa, menunjukkan sebuah keluarga normal hidup gembira bersama suami, isteri dan anak.

Seawal filem ini bermula, kita sudah mengetahui Danial adalah austism dan ibu bapanya kurang pengetahuan berkaitan autism terus menafikan keadaan sebenar anak mereka.

Penafian adalah musuh kebenaran

Pada pertengahan filem ini, menjelaskan kita bagaimana cara penerimaan ibu bapa terhadap anaknya yang di katakan normal sebenarnya autism.

Bermula dari sini la bergenang air mata ketika menonton,bermain dengan emosi,hati ni rasa remuk bila tengok Razlan menengking Danial yang gagal menerima arahan ayahnya.

Sedangkan kita tau,autism memang kurang fokus dan sukar terima arahan.

Support System

Ini bahagian yang paling penting dalam menangani satu-satu masalah.Sasha, adik Alina dan kawan-kawanya merupakan sokongan dan bantuan moral yang mendorong Alina terus mendidik dan menjaga Danial dengan cara yang betul hasil rujukan pakar.Tetapi,Razlan sebaliknya.

Dia terus menafikan kondisi sebenar anaknya dan mendidik seperti kanak-kanak normal.Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah apa yang dirasai oleh Razlan.

Sebaik saja dia dalam frasa penerimaan bahawa anaknya autism,isterinya pula Alina meninggal dunia.Plot ini jelas menunjukkan yang Razlan beranggapan “anak syurga” itu beban dan menyusahkannya.Meletakkan satu tanggugjawab baru dalam keadaan yang tidak bersedia,sesiapa pun tak sanggup.

Okey cukup sampai sini utk spoiler talk movie ni, selebihnya perlu tonton dan nilai sendiri.Lakonan Nam Ron dan June Lojong yang sangat serasi memainkan watak ibu bapa kerana mereka memang pasangan suami isteri di luar filem,lakonan Harith Haziq sebagai Danial harus di beri pujian penuh kerana saya tertipu dengan lakonannya,saya ingatkan dia betul-betul dilahirkan autism,tapi hanyalah lakonan semata-mata.

Secara keseluruhan, fokus utama pengarah dalam filem ini adalah ingin memberi kesedaran kepada masyarkat kita tentang autism dan cara menghadapinya.
Saya amat menyarankan untuk semua tonton filem Redha ini kerana selama 1jam 55minit ini anda disajikan dengan kisah kekeluargaan yang penuh dengan rintangan dalam mendidik “anak syurga” ini.
Sesuai untuk tontonan umum dan semua lapisan umur.Boleh la nangis ramai-ramai. Markah dan pujian penuh untuk tuan pengarah Tunku Mona Riza ,team production dan barisan pelakon yang hebat atas hasil yang berharga ini.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI