KISAH BENAR PEMBUNUH BERSIRI DI INDIA-POSHAM PA(2019)

5
(6)

POSHAM PA merupakan filem psikologikal thriller Hindi yang dibikin berdasarkan kisah benar di India. Kisah tentang seorang ibu bernama Anjana dan dua anak perempuannya yang menjadi pembunuh bersiri kejam yang telah membunuh lebih dari 12 orang kanak-kanak.

Pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan oleh Anjana dan anak-anaknya Seema Gavit dan Renuka Shinde amat menggemparkan negara India. Dilaporkan mereka telah menculik lebih dari 40 orang kanak-kanak dan dengan kejam telah membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dari mereka.

Dilaporkan pada tahun mereka mula menculik dan membunuh kanak-kanak sekitar tahun 1990. Mereka menculik kanak-kanak sebagai perisai mereka sewaktu mencuri dan melakukan rompakan. Berdasarkan pengalaman mereka, sekiranya mereka tertangkap sewaktu mencuri dan mereka mempunyai anak kecil disamping mereka, masyarakat akan berlembut hati untuk melepaskan mereka. Sejak hari itu mereka menculik anak-anak kecil untuk menjadikan boneka jenayah mereka, dan setelah selesai menggunakan kanak-kanak malang yang diculik,kanak-kanak tersebut akan dibunuh dengan kejam.

Mereka bertiga Anjana, Seema Gavit dan Renuka Shinde mempunyai peraturan tersendiri iaitu mereka tidak boleh ada perasaan sayang terhadap kanak-kanak yang mereka culik. Jika sayang tidak mungkinlah mereka boleh membunuh setiap kanak-kanak dengan begitu kejam sekali. Cara pembunuhan biasanya dilakukan dengan menghentak kepala kanak-kanak dengan kuat ke dinding sehingga pecah.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya mereka tertangkap sewaktu cuba membunuh anak kepada bekas suami Anjana. Selepas mereka ditangkap, segala kejahatan dan jenayah mereka terbongkar dan menggemparkan negara India.

Suman Mukhopadhyay mengarahkan filem POSHAM PA dengan jayanya. Pelakon utama iaitu Mahie Gill tidak dapat disangkal kehebatannya apabila berjaya membawa watak seorang ibu yang psiko yang telah berjaya melatih anak-anaknya menjadi pembunuh bersiri kejam berhati dingin.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

POSHAM PA

Pernahkah anda menonton movie ini? POSHAM PA,sebuah filem hindi diinspirasikan dari Kisah benar misteri sebuah keluarga pembunuh bersiri di India.

Sebuah filem yang mempunyai unsur keganasan dan penuh babak berdarah yang agak realistik.

Tiga sekeluarga di tahan di penjara berasingan, Seorang ibu dan dua anak perempuannya yang sudah dewasa.

Ibu mereka meninggal semasa perbicaraan masih dijalankan.tinggallah dua adik beradik ini yang menunggu hukuman dan pengadilan.

Ada yang mengatakan lebih 40 kanak-kanak telah diculik dan 12 dibunuh oleh mereka bertiga, sekurang-kurangnya 5 kes terbukti benar angkara mereka bertiga.

Dua orang wartawan ingin membuat dokumentari Kisah hidup pembunuh-pembunuh bersiri ini, sepanjang wawancara, pelbagai Kisah dicungkil dan bagaimana pembunuhan pertama Berlaku dapat dirungkai.

Melalui Imbasan semula, Si ibu (mahie Gill) yang psycho, pendera dan penagih dadah tegar mempengaruhi hidup anak-anak perempuannya. Memerangkap lelaki-lelaki budiman untuk hidup yang selesa.

Apabila kehidupan berubah kepada penderitaan, ibunya mula menggila, memberi tekanan kepada anak-anaknya jua.

Lakonan sangat mantap,  babak adik beradik menyanyi lagu posham pa di tepi sungai adalah antara babak yang seram dan bikin bulu roma meriding. Wajib tonton!

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI