Siri Popular YOU Kembali Dengan Musim Ke-4

5
(4)

Dia si psikopat pembunuh bersiri yang penuh obsesi. Dia juga adalah kekasih yang pandai bermanipulasi, suka jaga hal tepi kain orang. Di juga akan menggunakan apa jua cara untuk menghapuskan halangan untuk dia mendekati wanita itu…Semuanya kerana “YOU”!

“YOU” bukan drama psiko biasa² yang typical ya! Bagi yang belum pernah tonton drama bersiri yang padat dan padu dengan plot SUSPEN, THRILLER, MISTERI, PSIKOLOGI serta SKANDAL..silakan tonton “YOU” ini bermula dari MUSIM 1 hingga 3. Dikhabarkan MUSIM 4 akan kembali pada Feb 10 & Mac 10 2023 sebanyak 2 bahagian.

Ada apa dengan “YOU”??

Joe Goldberg (Penn Badgley) pemilik sebuah kedai buku yang sangat obses dengan salah seorang pengunjung kedai bukunya yang bernama Beck (Elizabeth Lail). Walaupun Joe ini orangnya nampak agak lurus bendul dan pendiam, tetapi diam-diam ubi berisi ye guys! Beck ini pula seorang penulis buku, cantik dan bijak. Memang cukup berkenanlah Joe Jambul ni dengan Beck!

Segala plot dan twist cerita ini bermula dari pertemuan kali pertama mereka di kedai buku Joe. Sebab obsesi melampau Joe terhadap Beck, Joe pantau dan ikut semua gerak geri Beck..bermula dari tempat tinggal Beck, aktiviti harian Beck, sosial media Beck, pergaulan sahabat handai sehingga ke tahap kehidupan peribadi Beck…SERAMM TAK??

Suatu hari Joe dapat tahu Beck dah ada teman lelaki (Benji) dan Joe dapati seolah-olah Beck tidak bahagia bersama Benji. Bermula saat itu Joe bertekad untuk melindungi Beck dengan apa cara sekalipun walaupun perlu MEMBUNUH!!

MUSIM 1 ada 10 episod (45 minit setiap episod) ini memang BEST NAMATE!! PEMBUNUHAN DEMI PEMBUNUHAN BERLAKU DI MUSIM PERTAMA!
Tiada siapapun yang boleh menjadi penghalang antara Joe dan Beck!

Kemudian..dari S1 inilah anda akan hanyut melayan siri ini dan pasti tidak dapat berhenti dari melayan S2 sehinggalah terlanjur ke S3!!

Musim 4 tahun hadapan dijangka lebih gempak, penuh kelainan dengan lebih ramai wajah baru! Lebih hebat dan dramatik dengan aksi² psiko yang pasti mencemaskan! Agak-agaknya siapa pula mangsa terbaru Joe di musim ke4 nanti?? Atau…Joe masih obses memburu cinta MARIANNE??

Kesemua musim siri ini anda boleh tonton di Netflix.
10/10⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI