BOOK OF BLOOD 2020

5
(2)

TITLE: BOOK OF BLOOD

RELEASE DATE: OKTOBER 2020

GENRE: THRILLER, HORROR

Book Of Blood mengisahkan 3 cerita yang berbeza tetapi mempunyai kaitan antara satu sama lain yang mampu membawa penonton mengetahui tentang peristiwa dan kisah tentang buku yang berjudul “ Book Of Blood”

Seorang penjual buku disebuah pekan sunyi telah diserang oleh seorang pengutip hutang yang bernama Bannet. Bannet telah membunuh penjual buku tersebut kerana gagal membayar hutangnya. Sebelum dia dibunuh, lelaki tersebut telah memberitau Bannet terdapat sebuah bukuyang sangat berharga ribuan dolar. Tajuk buku tersebut adalah Book Of Blood. Selepas membunuh lelaki itu Bannet keluar dari kedai buku tersebut dan pergi bersama rakannya.

Pada permulaan kisah filem ini mengisahkan Jenna. Jenna adalah seorang remaja dan pelajar sebuah kolej yang sedang mengalami masalah mental. Dia telah berhenti mengambil ubat. Apabila dia diruma dia rasa sagat terganggu dan melarikan diri dari ibu dan bapa tirinya. Dia melarikan diri ke Los Angeles

Disana dia menginap disebuah rumah tumpangan sepasang pasangan tua yang bernama Ellie dan Sam. Disitu dia berkenalan dengan Gavin salah seorang tetamu disitu. Pada malam pertama Jenna disitu dia telah mengalami mimpi buruk dimana dia melihat pasangan tua tersebut mengukurnya. Malangnya dia tidak boleh bergerak.

Keesokan pagi dia bangun seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia melihat Sam sedang menukang dan Ellie berada di kebun herbanya. Semasa Jenna sedang minum di cafe. Di melihat ada seseorang mengikutinya, dia melarikan diri dan terus ergi kerumah Ellie dann Sam. Dia meminta untuk tinggal lebih lama disitu. Jenna dan Ellie menjadi lebih rapat.

Pada malam itu, dibilik, Jenna telah menjumpai satu lubang dari lubang tersebut dia dapat melihat ada satu susuk tubuh manusia yang sangat menakutkan.

Jenna cuba melarikan diri tetapi gagal, dia telah disuntik sehingga dia menjadi lumpuh. Rupa-rupanya Ellie telah menggunakan kemahirannya untuk mlumpuhkan mangsa-mangsanya dan meletakkan mereka ditempat yang telah disediakan oleh Sam di sekitar dalam rumah tersebut.

 

Ketika mereka cuba bius Jenna seorang lelaki yang mengekori Jenna telah datang, dia adalah bapa kepada kekasih Jenna yang telah mati bunuh diri. Tetapi malangnya bapa teman lelaki Jenna telah dibunuh oleh Sam. Jenna cuba melarikan diri telah masuk dan sembunyi didalam kereta bapa teman lelakinya. Sam tidak mengetahui Jenna didalam kereta tersebut telah membuang dan mencampakkan kereta tersebut kebawah jurang.

Untuk kisah kedua yang tertulis adalah Miles. Simon adalah seorang lelaki yang mengaku bahawa dia dapat berkomunikasi dengan roh yang sudah mati. Dia telah mendekatkan dirinya kepada Mary. Mary ialah seorang ibu yang telah kematian anaknya Miles, dia juga bekerja sebagai penulis dan seorang profesor. Mary telah menjalankn eksperimen terhadap simon dan berjaya. Sejak itu Mary dan Simon telah menjadi pasangan

Tetapi kebahagiaan mereka tidak panjang apabila Mary mendapati simon telah curang terhadapnya. Disebabkan mabuk Simon telah menerangkan bahawa eksperimen yang dilakukan keatasnya adalah palsu. Dan dia telah mengatahui semua perincian dari bekas suami Mary.

Disebabkan marah Mary telah pergi ke bilik anaknya. Disitu dia melihat mesej dari roh anaknya dimana dia meminta Simon mengadakan kembali eksperimen tersebut dilakukan didalam bilik tersebut.pada mulanya Simon enggan melakukan eksperimen tersebut, tetapi apabila memikirkan wang yang bakal mereka dapat Simon bersetuju. Selepas Simon telah ditinggalkan sendirian didalam bilik itu, dia dapt melihat roh-roh yang menjelma. Semua roh-roh itu telah menulis nama mereka di dikulit Simon.

Kembali kepada Bannet yang mencari buku Book Of Blood bersama rakannya Steve. Semasa mereka sampai disebuah kawasan yang telah ditinggalkan, kereta mereka telah mati. Semasa Bannet meliht keadaan enjiyt kereta tersebut Steve telah keluar dan pergi kesebuah gereja. Disitu Bannt melihat Steve memegang pistol seperti ingin bunh di. Semasa Bannet memujuknya Steve menyatakan bahawa dia mendengar suara ibunya lalu dia menembak dirinya sendiri.

Bannet keluar dari gereja tersebut. Dia terjumpa sebuah rumah di kawasan itu. Bannet masuk dan didalam rumah itu dia telah berjumpa dengan Mary. Dia meminta Mary memberikan buku tersebut kepadanya. Mary memberitahu bahawabuku itu adalah Simon. Mary menyatakan bahawa setiap orang yang matimempunyai cerita merek sendiri. Mary juga memberitahu Bannet bahawa dia juga bakal menjadi salah satu cerita didalam buku itu. Bannet yang cedera terus keluar dari rumah tersebut

Diakhir cerita, Jenna telah tersedar dan mendapati dirinya berada dihospital. Mengimbau kembali kejadian yang telah berlaku dia adalah punca kematian kekasihnya.

Apakah nasib yang menimpa Bannet? Apakah yang terjadi kepada seorang lagi tetamu Ellie dan Sam yang bernama Gavin? Apakah Jenna dapat melepaskan diri dari rasa bersalahnya? Semua jawapan yang ada cari boleh di tonton dalam Book Of Blood.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI