20 Kompilasi Filem Bertema Bencana Alam

5
(3)

THE FINEST HOURS (2016)

Berdasarkan kisah benar. Pada 18 Feb 1952, sebuah kapal tangki minyak SS Pendleton telah terbelah dua di atas lautan luas Cape Cod akibat dihentam ombak gergasi yang sedang mengganas! Sebuah pasukan US Coast Guard’s yang terdiri daripada 4 orang ahli dihantar untuk misi menyelamat dengan hanya menggunakan sebuah kapal kecil. Mereka harus menghadapi suhu yang teramat dingin, ombak tinggi, badai besar disepanjang perjalanan menuju ke SS Pendleton!

SALYUT 7 (2017)

Berdasarkan kisah dan sejarah sebenar yang mengisahkan misi USSR ke ruang angkasa SALYUT 7 untuk reset semula dan menyelamatkan stesen satelit SALYUT 7 yang hampir lumpuh selepas dirempuh oleh meteor yang melalui ruang SALYUT 7 pada tahun June 1985. Akibat dari kelumpuhan sistem Satelit tersebut, maka Bumi akan menghadapi ancaman bencana alam dimana risiko untuk Satelit SALYUT 7 jatuh dan melanggar bumi adalah cukup besar! Dan ini sudah pasti akan mengancam populasi penduduk dan ruang angkasa Uni Soviet!

METRO @METPO (2013)

Menceritakan kelumpuhan sistem keretapi bawah tanah di Mascow akibat kebocoran di dinding terowong keretapi sehingga menyebabkan terowong itu runtuh dan dibanjiri air yang cukup ganas umpama ombak tsunami hingga meragut beratus-ratus nyawa penumpang apabila keretapi tersebut tergelincir, remuk dan terperangkap melanggar terowong yang telah runtuh. Yang paling sadis, babak cemas dimana sekumpulan penumpang lari untuk menyelamatkan diri di atas laluan landasan keretapi yang dipenuhi air banjir dan kemudian terkena renjatan elektrik!

THE TOWER (2012)

Fokus dalam filem ini adalah tentang insiden kebakaran di menara tertinggi di Seoul, Korea Selatan 108 tingkat bernama Tower Sky ketika pemilik Tower mengadakan parti Krismas untuk residen-residen yang mendiami Tower tersebut; Bagaimana water sprinkler itu tidak berfungsi; Aksi-aksi penyelamatan yang dilakukan; bagaimana seseorang harus berkorban dan saling membantu agar dapat keluar dari bencana tersebut. Bersama-sama berjuang untuk menyelamatkan nyawa semua orang.

FIRE

Dikenali sebagai NO ESCAPES adalah sebuah filem tahun 2020 yang bergenre”THRILLER DISASTER”, tentang bencana alam yang berlaku di Rusia pada tahun 2019 di Wilayah Krasnoyarsk di Rusia yang telah membakar lebih daripada 20.9 juta hektar tanah di Rusia, dan 10.9 juta hektar hutan. Bukan setakat itu sahaja, malah sehingga ke hari ini pun masih banyak laporan tentang kebakaran hutan yang berlaku di wilayah tersebut.

THE QUAKE (2018)

Apalah nasib buruk Kristian kali ini? Sudahlah dia diceraikan isterinya dan terpisah dari anak-anaknya setelah kejadian 3 tahun lepas kini dia perlu berhadapan dengan satu lagi BENCANA ALAM yang bakal memusnahkan bandar Oslo yang baru sahaja memulai kehidupan baru mereka! Dalam filem yang diinspirasikan dari kejadian sebenar yang pernah berlaku di Oslo Norway pada 1904 ini, Kristian hidup bersendirian, masih trauma dan hidup dalam keresahan kerana masih berasa bersalah dengan kejadian Tsunami 3 lepas dimana sebagai ahli Geologi, dia rasa dia telah gagal menyelamatkan ramai nyawa. Mampukah kali ini dia menyelamatkan lebih ramai nyawa?

FLIGHT CREW (2016)

Mereka ditugaskan untuk satu misi menyelamat di sebuah Pulau di Kanwoo yang terkenal sebagai pusat peranginan yang dikelilingi dengan Gunung Berapi. Di mana pulau tersebut hampir musnah dan hancur apabila berlakunya gempa bumi dan gunung mula meletus dan mengeluarkan lava nya yang sangat dahsyat!

ALL IS LOST (2013)

Sebuah filem bertema “SURVIVAL” seorang lelaki yang sesat dan harus bertahan hidup berseorangan di tengah-tengah lautan yang tiada penghujungnya. Uniknya filem ini hampir TIADA DIALOG namun lakonan Robert Redford berjaya menyampaikan emosi yang cukup berat hanya melalui bahasa tubuh dan mimik mukanya yang pasti membuatkan kita turut merasai keperitan, kepayahan, ketegangan dan perjuangannya.

The Rescue (2020)

Mengfokuskan kepada sekumpulan pasukan penyelamat yang dikenali sebagai China Coast Guard yang diketuai oleh Gau Qian (lakonan Eddie Peng). Tugas mereka adalah untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat dengan musibah di lautan selain itu mereka juga mempunyai kepakaran mengendalikan helicopter. Kerana kepakaran Gau Qian, dia dan pasukannya selalu mendapat misi menyelamat yang cukup besar dan merbahaya.

THE PERFECT STORM

Nor’easter, dari 26 Oktober hingga 1 November 1991, satu ribut besar telah melanda Pantai Timur Laut Pulau Sable ketika kapal Andrea Gail sedang mengembara dari Nova Scotia ke Florida. Angin ribut yang MAHA DAHSYAT itu mencapai sehingga 120km sejam bersama ombak gergasi setinggi 100 kaki menyebabkan ombak bergelora begitu ganas, dengan bot yang bergoyang-goyang dari sisi ke sisi hingga air yang membanjiri kapal tersebut dan menerbalikkan nya, akhirnya Captain Billy Tyne (Lakonan George Clooney) bersama 12 kru-kru yang lain termasuk 6 anak kapal yang menaiki bot nelayan Andrea Gail lemas dan terkorban.

Only the Brave (2017)

Sebuah filem biografi Amerika yang berdasarkan kejadian sebenar kebakaran hutan di Yarnell, Arizona pada 28 Jun 2013 yang telah berlangsung selama 2 hari dan meragut 19 nyawa dikalangan ahli bomba yang terlibat dalam misi menyelamat itu.

Krakatoa The Last Days (2006)

BERDASARKAN DARI KISAH SEBENAR tentang kemusnahan Gunung Berapi Krakatoa. Filem berdurasi 1 jam 30 minit ini diadaptasi dari peristiwa sebenar yang berlaku pada tahun 1883 di mana letusan gunung berapi yang paling ganas telah mengelilingi seluruh pulau di Krakatoa Indo-nesia dan telah menenggelami sebuah kapal kargo yang melalui kawasan gunung berapi tersebut. Sebuah anak gunung Krakatoa juga terlahir akibat dari letusan yang berlaku pada 138 tahun yang lalu itu.

EVEREST (2015)

Diambil dari kisah tragis sebenar yang berlaku pada 10-11 Mei tahun 1996, sekumpulan ekspedisi mendaki Gunung Everest berada diambang maut ketika berlakunya badai salji yang tidak diduga. Untuk dapatkan scenario ekspedisi yang sebenar dilakukan ketika itu, anda boleh goggle dokumentari yang ditulis sendiri oleh salah seorang pendaki, Jon Kraukauer yang terlibat sama dalam ekspedisi tersebut bertajuk “INTO THIN AIR”. Ia memperincikan pengalaman Krakauer dalam bencana Gunung Everest 1996, di mana 8 pendaki telah terbunuh dan beberapa yang lain terkandas oleh ribut salji yang ganas.

SANCTUM (2011)

Diinspirasi dari kisah sebenar, filem yang ditulis oleh John Garvin dan Andrew Wight ini diinspirasi dari kejadian sebenar yang dialami oleh Andrew Wight sendiri ketika melakukan aktiviti ekspedisi penyelaman ke sebuah gua di dasar laut Esa’ala Cave, terperangkap selama 2 hari bersama 14 rakan penyelam lain yang hampir meragut nyawanya.

THE 33 (2015)

Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini adalah tentang 33 orang pelombong emas dan timah San José di Copiapó, Chili pada tahun 2010 yang terperangkap di ruang bawah tanah sedalam 700 meter selama 69 hari. Sebelum kejadian, ahli Geologi telah mengingatkan yang kawasan itu adalah tidak selamat untuk dilombong, termasuk salah seorang pelombong (ketua pelombong – Lakonan Antonio Banderas) juga menyedari bahaya yang bakal mereka hadapi namun apakah daya, mereka sekadar buruh kasar yang makan gaji untuk melanjutkan kelangsungan hidup demi keluarga mereka yang menunggu kepulangan mereka, perintah pihak atasan tidak mampu mereka bantah.

Filem Take Shelter (2011)

Menggambarkan cuaca ekstrem dari pelbagai sudut psikologi. Adakah bayangan dan mimpi yang dialami oleh seorang suami dan ayah, Curtis (lakonan Michael Shannon) adalah tanda² kiamat yang akan datang? Atau tanda-tanda bahawa dia menderita penyakit mental? Curtis sering bermimpi dan dibayangi awan tebal yang gelap, belalang, bahkan orang yang terhuyung-huyung berjalan sepanjang malam seperti zombie. Dan ia makin kerap berlaku hingga Curtis merasa dan meramalkan yang dunia ini bakal kiamat.

THE GUARDIAN (2006)

Ben Randall telah mengabdikan dan mendedikasikan dirinya, merisikokan keselamatannya demi menyelamatkan warga yang ditimpa masalah di lautan yang luas. Namun satu kejadian yang memberi noda hitam dalam hidupnya menyebabkan dia tidak dapat lagi beraksi di lautan luas itu. Misi menyelamat yang dia sangka akan berjalan lancar seperti selalunya bertukar menjadi mimpi terburuknya apabila helicopter yang digunakan untuk menarik mangsa naik dari lautan dihayun oleh ribut taufan yang sangat kuat sehingga helicopter terhuyung-hayang dan tidak dapat dikawal. Akhirnya tali yang digunakan untuk menarik mangsa terputus walaupun Ben telah berusaha sekuat tenaga untuk menahan ia dari terputus, mangsa terus jatuh ditelan ombak dan lautan yang sedang mengganas ketika itu.

THE HIMALAYAS (2015)

Mengisahkan tentang seorang pendaki yang bernama Um Hong Gil (lakonan Hwang Jung-min) membuat misi mencari dan membawa balik jasad rakannya Park Moo Taek (lakonan Jung Woo) yang telah mati akibat beku dan kesejukan di atas pergunungan Himalaya ketika melakukan ekspedisi pendakian.

THE CAVE (2019)

BERDASARKAN DARI KEJADIAN SEBENAR. Dunia digemparkan dengan kehilangan 12 ahli pasukan bola sepak remaja berumur antara 11-16 tahun dan seorang jurulatih berumur 25 tahun pada 23 Jun 2018 di Gua Tham Luang di Thailand. Ketika itu mereka dipercayai tersesat dan terperangkap tidak dapat menemui jalan keluar akibat hujan lebat yang berterusan dan menyebabkan laluan gua tersebut dibanjiri air. Gua Tham Luang merupakan gua terpanjang di Thailand sejauh 6 batu/9.7 km.

CRAZY TSUNAMI (2021)

Tsunami tiba-tiba datang menenggelami seluruh warga di Chinatown. Apa yang lebih menakutkan apabila seekor buaya raksasa yang dikurung turut terlepas dibawa seiring dengan arus tsunami! Mampukah mereka mengharungi keganasan tsunami ini dan melepaskan diri dari kekejaman Sang Buaya raksasa itu?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI