SNOWTOWN (2011)

0
(0)

SNOWTOWN

Release Date: May 2011

Genre: Crime/Thriller

Filem ini adalah kisah benar dari sebuah kes paling kejam yang berlaku sekitar tahun 1992-1999. Sebuah kes pembunuhan bersiri telah berlaku di sebuah bandar yang dikenali sebagai Snowtown yang berada di selatan Australia. Sebanyak 6 mayat telah ditemui didalam 6 buah tong besar disebuah peti besi sebuah bank terbiar. Dipercayai juga ada 6 lagi mangsa kes pembunuhan yang melibatkan pelaku yang sama iaitu John Bunting dan James (Jamie) Vlassakis

Snowtown ini mengisahkan kehidupan awal James Vlassakis yang mesra dipanggil Jamie seorang remaja berumur 16 tahun yang tinggal bersama ibunya dan adik-adiknya yang lain. James yang lemah dan sering menjadi mangsa penderaan sexual telah bertukar menjadi seorang pembunuh bersiri.

Kehidupan Jamie sangat daif. Ibunya yang terpaksa mencari rezeki untuk keluarganya. Pada suatu hari, Jamie dan adik-adiknya telah ditinggalkan bersama teman lelaki ibunya. Tetapi semasa ibunya tiada dirumah, teman lelaki ibunya telah mengambil gambar Jamie dan adik-adiknya dalam keadaan tiada sebentuk benang pun di atas badan mereka. Selepas selesai mengambil gambar, teman lelaki ibunya telah merog*l jamie.

Ketika makan malam, ibunya mendapat tahu bahawa teman lelakinya telah melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap anak-anaknya. Dia menelefon polis. Tetapi polis tidak mahu masuk campur tangan. Ibu Jamie dikenalkan oleh seorang lelaki yang bernama John. Dimana John adalah seorang lelaki yang anti dengan paedophiles dan homosexual. John telah mengajar Jamie dan adik-adiknya mengganggu bekas teman lelaki ibunya sehinggalah dia terpaksa pindah dari situ.

Disebabkan Jamie membesar tiada kasih sayang seorang bapa, dia merasakan John adalah orang yang terbaik untuk melindunginya. John sentiasa mengajar Jamie benda baharu. Sehingga Jamie rapat dan menganggap John seperti bapanya sendiri.

John yang tidak sukakan perilaku Paedophiles dan homosexual telah mendapat alamat dan nama mereka yang melakukan perbuatan itu di sekitar bandar tersebut didalam sebuah pertemuan dengan penduduk disekitar penempatan itu.

Semakin lama Jamie telah terpengaruh dengan kelakuan ganas John. Pada suatu hari dirumah John, Jamie telah dir*gol oleh adik John iatu Troy. Apabila John mendapat tahu tentang perilaku adiknya terhadap Jamie, Troy telah diseksa. Pada mulanya Jamie takut untuk turut serta untuk menyiksa Troy. Disebabkan terpengaruh dengan kata-kata John dan perasaan marahnya, Jamie telah membunuh Troy dimana sementara John menyiksa Troy dengan teruk.

Disebabkan kejadian tersebut bermulalah kehidupan Jamie yang telah 360 darjah berubah dari seorang remaja yang lemah bertukar kepada seorang pembunuh bersiri yang membantu John membunuh mangsa-mangsanya.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI