KKN Di Desa Penari Luwih Dowo Luwih Medeni 2023 Lebih Panjang Lebih Seram

5
(4)

Pada 2022, salah satu filem seram dari Indonesia yang paling banyak diperkatakan ialah KKN di Desa Penari yang sebelum itu telah viral di Twitter dan kemudian diadaptasi menjadi sebuah filem yang ditayangkan pada Mei 2022.

Kini, KKN di Desa Penari kembali dilayar panggung dengan versi tambahan yang sedikit berbeza dari sebelumnya.

Dengan tambahan durasi sebanyak 40 minit itu, dikhabarkan versi baru KKN Di Desa Penari Luwih Dowo Luwih Medeni ini menyajikan plot tambahan yang lebih tersusun, lebih panjang dan lebih menyeramkan!

Pengarah Awi Suryadi berkongsi yang penambahbaikan dengan durasi sebanyak 170 minit ini adalah untuk memberikan lebih banyak perincian dan butir-butir dengan plot penceritaan serta penyuntingan yang lebih tersusun dan tidak terburu-buru berbanding dari versi asal yang hanya berdurasi 130 minit.

Pastinya ramal dikalangan peminat filem seram Indonesia yang telah menonton versi awal merasa penasaran untuk mengetahui apakah babak-babak tambahan dan pembaikan yang diberikan kepada versi tambahan ini.

Jika menurut dari pengalaman menonton min pada KKN versi asal yang lepas, sememangnya terdapat banyak “plot holes” dari peristiwa-peristiwa yang kurang diperkembangkan sehingga menyebabkan segelintir penonton keluar dari panggung wayang dalam keadaan kebingungan dan rasa ketidakpuasan hati.

Jadi dengan adanya versi tambahan ini, min berharap dengan 40 minit masa tambahan itu dimanfaatkan dengan lebih baik agar dapat menebus sedikit sebanyak kekecewaan penonton yang telah menonton versi asal.

Versi tambahan ini telah mula ditayangkan di pawagam GSC dan TGV seluruh Malaysia bermula 5 Januari 2023.

Adakah benar versi baru ini lebih seram atau tidak, kita berjumpa semula di artikel akan datang untuk ulasan selepas menonton KKN Di Desa Penari Luwih Dowo Luwih Medini nanti.

Sebelum itu, mari kita saksikan trailernya:

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI