Al Asleyeen

5
(4)

Samir Aliwa, seorang pegawai bank dan ketua rumah yang menjalani kehidupan yang sederhana. Bangun pukul 6pagi, beli kopi, dan pergi bekerja. Sebagai ketua rumah, dia juga memenuhi permintaan isterinya yang boros.

Suatu hari Samir tiba-tiba dipecat dan digantikan oleh seorang yang lebih muda. Samir menyembunyikan hal tersebut dari isterinya dan masih kekal keluar balik rumah sepertimana dia bekerja lagi.

Pada suatu malam, Samir terima sebuab kotak yang mengandungi telefon. Peliknya telefon itu boleh dibuka dengan cap jari Samir. Kandungan telefon ada gambar dan klip kehidupan Samir dan keluarganya.

Samir kemudian menerima panggilan dari telefon misteri untuk berjumpa dengan membalas ‘Bahiya’. Pemilik telefon misteri bernama Rhosdy, menjelaskan bahawa dia mencari orang yang ada Spirit of Nation, seorang yang boleh kerkhidmat untuk negara dengan menjejaki target yang diarahkan.

Masalah kewangan Samir hampir tidak dapat dirahsiakan lagi dan dia terpaksa setuju untuk menyertai Spirit of Nation untuk menjejaki orang. Tugasan pertama Samir adalah untuk mengetahui segalanya tentang seorang perempuan yang bernama Soraya Galal.

Apa yang akan berlaku semasa Samir memerhati Soraya? Apakah pendirian Soraya dan apakah kesan dia pada plot filem ini?

Saksikanlah filem ini, visual dan cinematography sangat sangat on-point. Cantik filem ini. Ia perlu dihayati dengan hati, bukan mata sahaja.

#semuanyarancak

#sliceoflife

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI