KISAH BENAR SERAM TRAGIS THAI (9-9-81 – 2012)

4.2
(5)

BERDASARKAN KISAH BENAR

Seorang bakal pengantin wanita bernama Wipawee telah bunuh diri lompat dari ban

 

gunan apartment nya setelah mendapat berita kematian bakal suaminya. Yang misterinya, setelah kematian pengantin ini, ia disusuli dengan 9 kejadian tragis yang lain. Apakah hubung kait di sebalik kesemua kejadian itu??

 

 

 

Uniknya dalam filem ini, kesemua 9 kejadian itu diarahkan oleh 12 orang pengarah yang berbeza.

 

KISAH SERAM  UNTOLD BODY

Insiden pertama melibatkan seorang remaja lelaki yang tinggal di apartment yang sama yang jatuh cinta dengan Wipawee dan mencuri seluar dalam Wipawee.

Insiden kedua melibatkan penyewa baru yang yang menyewa bekas bilik Wipawee tersebut selepas kematiannya.

Insiden ketiga melibatkan kawan baik Wipawee yang menggunakan sihir/ilmu hitam.

Insiden keempat melibatkan bakal suami Wipawee dimana sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan, ada beberapa peristiwa yang berlaku.

Insiden kelima melibatkan pembantu rumah yang menggunakan bekas bilik sewa Wipawee untuk membuat upacara meminta nombor ekor.

Insiden keenam melibatkan dendam Ibu Wipawee.

Insiden ketujuh melibatkan kawan baik lelaki pengantin yang menaruh perasaan secara diam-diam terhadap Wipawee.

Insiden kelapan melibatkan Ibu dan bapa Wipawee.

Insiden kesembilan tentang polis yang membuat siasatan misteri kematian Wipawee dan kaitan antara semua kes-kes sebelum itu.

Kesimpulannya, kesemua 9 insiden misteri ini pada akhir cerita akan terungkap disebalik kematian Wipawee.

Sebuah kisah yang agak menarik bagi peminat filem seram misteri dari negara Gajah Putih ini. Min bagi 7/10⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Filem ini boleh ditonton di YouTube tapi tiada subtitle. Boleh goggle search juga, taip sahaja tajuk penuhnya “9-9-81 Full Movie”.

Jom layan trailer nya dulu!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.2 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI