Wanita Terindah (2017)

5
(4)

“Dalam hidup kita ni, kita semua ada pilihan”

Wanita terindah (2017)
Arahan Joon Goh

Wanita terindah mengisahkan seorang jurugambar, Fahim Aiman (Fattah Amin) yang sangat menyanjung ibunya (Liza Othman) sehingga menggelar ibunya Wanita terakhir kerana dia sangat menghargai akan jasa ibunya yang membersarkannya seorang diri. Fahim mula berasa tidak senang apabila ibunya membawa pulang seorang anak istimewa Fikri (Adam Mika) untuk tinggal bersama. Dengan bantuan Nuryn (Fazura), rakan sekerja Fahim yang telah mengubah pandangan dan pemikirannya terhadap fikri dan perlahan-lahan dapat menerimanya. Namun, segala kebahagian tidak kekal panjang, apabila keluarga Fahim telah ditimpa musibah.

Ulasan

Telefilem ini adalah sebuah naskah ringan yang mempunyai nilai-nilai yang tersurat mahupun tersirat. Elemen kekeluarga menjadi kekuatan utama dalam filem ini disamping percintaan dan kasih sayang, tentang pengorbanan seorang ibu tunggal demi membesarkan anaknya.

Lakonan Fattah Amin yang lain dari kebiasaan, tampil dengan perwatakan panas baran, degil dan sukar untuk berbincang, harus diberikan pujian. Tiada ayat-ayat manis, jiwang-jiwang seperti dalam lakonan drama-drama sebelum ni.

Keserasian Antara Fattah Amin dengan Fazura memang tidak disangkal lagi. Dalam telefilem ini jelas chemistery mereka berdua nampak natural dan menjadi. Lakonan adik Adam Mika menjadi pelengkap telefilem ini kerana wataknya yang banyak mencetus babak-babak mencuit hati.

Plot yang simple but nice sesuai untuk tontonan bersama keluarga. Lengkap dengan semua rasa seperti dalam masakan, ada sedih, cemas, marah dan gembira.

Macam biasa soalan penonton, berbaloi ke untuk ditonton?
Ya, sangat berbaloi kerana begitu banyak nilai murni dan pengajaran yang kita dapat ambil dari telefilem ni. Sambil menyelam minum air.

Selamat menonton. Eh lupa nak bagitau, tonton la di Viu ?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI