Air Murder (2022) Pembunuh Senyap Dari Kejadian Sebenar

5
(4)

<<Berdasarkan Dari Kejadian Sebenar>>

AIR MURDER @Toxic (2022) merupakan filem yang penuh tragis diadaptasikan dari kejadian sebenar yang melibatkan kematian berjuta-juta nyawa akibat dari bahan cecair pelembab udara (Air Humidifier) yang pernah berlaku di Korea Selatan antara tahun 1995-2011. Difahamkan sebanyak 10juta botol terjual selepas kejadian itu.

Kisah tragis ini dijadikan sebuah filem bagi mendedahkan kepada dunia tentang kesengsaraan dan kesakitan mangsa serta keluarga mereka yang telah kehilangan yang pastinya menjadi parut yang tidak akan hilang selama-lamanya! Mana tidaknya..ada yang terus meninggal secara mendadak bahkan ada yang harus menanggung sakit berbulan-bulan lamanya sebelum meninggal dunia.

Di dalam filem ini kita akan dipertontonkan bagaimana perjuangan seorang suami dan ayah untuk mendedahkan realiti PENYAKIT MAUT yang peliknya hanya berlaku ketika musim bunga dan akan menghilang ketika musim panas.

PENYAKIT MAUT ini merupakan PEMBUNUH SENYAP yang berjangkit melalui penyebaran di udara dan akhirnya membawa KEMATIAN YANG PENUH TRAGIS setelah beberapa bulan.

Dr. Jung Tae-hoon (Kim Sang-kyung) kebingungan dan merasa misteri bagaimana anak dan isterinya yang sihat dan tiada sebarang simptom penyakit tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia. Anak dan isterinya di disahkan meninggal akibat penyakit paru-paru yang tidak diketahui dari mana puncanya.

Apa yang lebih menakutkan lagi, paru-paru mereka berubah menjadi keras dan hitam!Rupanya penyakit dan kematian yang sama juga dikesan di daerah lain sehingga menyebabkan kematian dua bayi kembar dan ibunya!!

Dengan bantuan adik iparnya Han Young-joo (Lee Sun-bin) yang merupakan seorang peguam, mereka bakal merungkai misteri penyakit misteri tersebut dan sudah pastinya kita bakal disajikan dengan satu PLOT TWIST yang cukup MENGEJUTKAN!!

Filem ini telah ditayangkan sejak April 2022 di Korea dan boleh goggle cari sumber filemnya sendiri ya.

Highly Recommended dan sis bagi 9/10⭐️⭐️⭐️⭐️ bersama emosi yang bercampur baur ketika menonton filem ini..turut sama berduka kerana ia berdasarkan dari kejadian yang sebenar.

SAKSIKAN TRAILERNYA

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI