CADAVER (2006)

4.5
(16)

Tajuk asal Thailand untuk filem ini ialah “Ajaan Yai”, ia merujuk kepada istilah untuk mayat yang didermakan untuk latihan dan penyelidikan di sekolah perubatan. Ia juga membawa maksud ia satu penghormatan kepada mereka yang menderma badan mereka untuk penyelidikan dan untuk kepentingan sejagat. Namun filem ini pernah menimbulkan kontroversi kerana telah menyinggung sesetengah warga yang mempercayai kewujudan mistik dan roh yang tidak tenang “Ajaan Yai” ini sehingga ia ditukar kepada “Sope” untuk tajuk filemnya dalam bahasa Thailand yang bermaksud “Mayat” atau “Cadaver”.

 

Filem ini mengisahkan seorang pelajar perubatan, Mai yang merupakan seorang pelajar yang pendiam dan sering menghadapi situasi yang menakutkan ketika kelas eksperimen mayat dijalankan untuk subjek Anatominya.

Selepas itu, dia mula dihantui oleh hantu wanita yang sentiasa mengikutinya ke mana-mana sahaja bahkan ketika dia tengah tidur.

Walaupun Mai takut dengan penampakan hantu yang menyeramkan itu, Professor Prakit adalah satu-satunya yang dapat membantunya mengatasi ketakutannya.

Walaubagaimanapun, apabila dia mengetahui dengan mendalam kebenaran di sebalik mayat yang tidak diketahui ini dan sebaik sahaja dia menyedari bahawa ia entah bagaimana dikaitkan dengan masa lalunya sendiri serta jenayah yang telah dia lakukan dan kemudian cuba dirahsiakan. Ia telah membawa dia kembali menemui kisah ngeri tentang seorang gadis yang dipanggil Dawan yang mana ia dikaitkan dengan mayat itu.”

Filem ini min tonton pada jam 2am atas rekomendasi dari salah seorang teman. Permulaan filem agak mengejutkan min hingga min terpaksa menjauhkan sedikit skrin handphone, harus dikatakan babak awal sudah ada elemen “Jumpscares” dan ia berlaku sepantas kilat sahaja! Terkejut min!

Apa yang anda perlu ketahui tentang plot filem ini adalah pacing penceritaannya agak perlahan, “slow and steady” dan dalam masa yang sama ia diselitkan dengan elemen-elemen seramnya dan penampakan hantu yang sentiasa menghantui Mai. Bagi yang kurang fokus mungkin akan berasa bosan dengan plot sebenar filem ini namun satu persatu rahsia silam Mai akan kita dapat rungkaikan selepas 40 minit kemudian.

Dan sudah pasti ada kejutan di babak-babak akhir filem ini.

Nah, mari kita saksikan trailernya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 16

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI