THAEN(2021)”ANTARA MARUAH & NYAWA”

5
(28)

Apabila kita membaca berita-berita global, tidak ketinggalan berita dari negara India,pastinya kita teringat sebuah kisah dimana seorang suami terpaksa memikul mayat isterinya pulang ke rumah kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar kenderaan jenazah.

Sebuah filem Tamil keluaran 2021 telah dihasilkan bagi mengupas isu kemiskinan dan realiti birokrasi yang meyusahkan rakyat. Si miskin terus miskin,yang kaya raya tetap gelojoh memakan hasil tanpa mahu berkongsi.

THAEN merupakan sebuah filem yang menginsafkan,digarap cukup baik sekali untuk menceritakan kisah keperitan rakyat miskin yang tinggal di pergunungan.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

THAEN

Filem tamil yang akan membuatkan penonton menangis dan kesedihan

THAEN merupakan sebuah filem tahun 2021, yang wajib ditonton oleh  semua peminat-peminat filem Tamil.

Apabila sedang menonton filem ini para penonton pastinya tidak ketinggalan menyumpah-nyumpah watak-watak jahat dalam filem ni. Setiap pelakon berjaya membawa watak mereka dengan baik sekali sehingga membuatkan penonton-penonton makan hati dan melelehkan air mata.

Pelakon watak utama luar biasa hebat,lagi-lagi yang membawa watak sebagai vellu (si suami).

Filem THAEN mengisahkan tentang hidup masyarakat di perkampungan atas bukit. Diselubungi gunung-ganang dan alam yang menghijau.

Sepasang kekasih merpati dua sejoli disatukan walau ada halangan pada permulaan kisah cinta mereka.

(Disclaimer-ini bukan kisah cinta romantik pusing pokok.)

Maka hidup bahagialah pasangan suami isteri ini bersama seorang anak perempuan pelengkap hidup mereka.

Hidup mereka mula ditimpa malang apabila sang isteri didiagnos penyakit berbahaya.

Maka mulalah kisah sedih merobek-robek jiwa penonton.

Birokrasi,sistem lumpuh ,rasuah, penganiayaan.

Lagu dalam filem ni padu,buat kau berendam dalam air mata.

Cinematography filem ini sangat menawan mata,tidak berkelip menghayati keindahan alam yang dipertontonkan di sekitar kawasan pergunungan. Pastinya genius.

Filem ini dibawa oleh pelakon-pelakon yang tidak dikenali,namun penyampaian mereka amat sampai ke hati,tembus ke jantung. Pasti membuatkan para penonton mengalirkan air mata.

THAEN

9.5/10

Sedutan trailer untuk tontonan–

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 28

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI