THE BLIND SIDE(2009)”Kemanusiaan&Pengorbanan”

5
(20)

THE BLIND SIDE sebuah filem biografi yang menceritakan tentang perjalanan hidup pemain football Amerika iaitu Michael Oher.

Michael Oher anak remaja kulit hitam yang hidup serba kekurangan telah dijadikan anak angkat sebuah keluarga kaya-raya. Leigh Anne Tuohy adalah ibu angkatnya yang bertanggungjawab membawa Michael Oher ke puncak kerjaya.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

THE BLIND SIDE telah mengangkat nama Sandra Bullock dan beliau telah memenangi anugarh Academy untuk lakonannya sebagai Leigh Anne.

Filem ini membuka mata kita, bahawasanya kemanusiaan itu benar-benar wujud.

Michael yang bernasib malang, akhirnya mendapat peluang untuk hidup selesa, pelajaran yang baik, dan karier football yang cerah apabila Seorang wanita kaya Leigh Anne (Sandra bullock) membuka pintu untuknya mengubah masa depan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa konflik yang mengganggu perjalanan hidup Michael.

Kegigihan Leigh Anne berjuang untuk michael benar-benar buat kita menitis air mata. Semangatnya yang sungguh jitu.

Michael anak yang malang itu dijaga, diambil sebagai anak sendiri, diberi tempat Tinggal selesa dan bimbingan yang baik.

Pahit akhirnya bertukar menjadi manis.

Pengorbanan yang tidak pernah sia-sia.
Kasih sesama insan merupakan Rahmat yang sungguh mulia.

THE BLIND SIDE
8/10

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 20

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI