BLUE EYED BUTCHER (2012) – KISAH BENAR ISTERI YANG MENIKAM SUAMI 193 KALI

4.7
(7)

AKIBAT BENCI DENGAN SIKAP SUAMINYA, BELIAU MENIKAM SUAMINYA KETIKA TIDUR SEBANYAK 193 KALI HINGGA MATI’

Filem BLUE EYED BUTCHER ini diadaptasi dari kisah benar yang berlaku pada tahun 2003 di Houston, Texas dimana seorang isteri Susan Wright menikam suaminya Jeff Wright ketika beliau sedang tidur sebanyak 193 kali hingga mati akibat tidak tahan dengan sikap suaminya yang menjadi baran akibat dadah jenis Heroin dan seterusnya menanam mayat suaminya dibelakang rumah mereka..

Synopsis : 

Dalam filem ini watak Susan Wright dilakonkan oleh Sara Paxton sebagai isteri kepada Jeff Wright (Justin Bruening)

Pada awalnya mereka pasangan yang bahagia..Ada anak, ada kerjaya manakala Susan menjadi surirumah sepenuh masa.. Disebabkan kos sara hidup dan tekanan lain ditempat kerja sikap Jeff menjadi semakin teruk apabila mula mengambil dadah jenis heroin menyebabkan beliau kerap memukul isterinya Susan..

Susan menjadi ketakutan apabila selalu diugut oleh Jeff hingga Susan tidak dapat merasa ketenangan ketika Jeff ada dirumah dan pada suatu malam Jeff balik dalam keadaan tidak stabil kerana mengambil heroin hingga tertumbuk muka anak lelaki mereka menyebabkan Susan dengan nekad bertindak membunuh Jeff ketika tidur..

Susan telah menikam Jeff tanpa henti sebanyak 193 kali sehingga mati dan seterusnya menanam mayat Jeff dibelakang rumah mereka..Selama beberapa hari Susan dalam keadaan ketakutan dan cuma membersihkan kediaman mereka supaya tiada tertinggal kesan-kesan pembunuhan tersebut.

 

Gambar Rajah 193 Kesan Tikaman Ditubuh Badan Jeff

 

 

Susan cuba menipu keluarga mertuanya, kawan-kawannya apabila mereka bertanyakan kemana perginya Jeff dengan mengatakan Jeff keluar dari rumah selepas pergaduhan..

Semakin Susan cuba berlagak seperti tiada apa berlaku tekanan demi tekanan Susan hadapi hinggalah pada suatu hari Susan memberitahu Ibunya yang beliau telah membunuh Jeff lalu Ibunya meminta seorang peguambela Neal Davis datang ke rumah Susan untuk membantu Susan..

 

Susan akhirnya mengaku kepada Neal yang beliau telah membunuh suaminya dan menunjukkan tempat dimana beliau menanam suaminya itu kepada Neal.. Neal sedaya upaya cuba membantu Susan yang ketika itu mengalami trauma akibat takutkan suaminya itu..

 

Malang nasib Susan apabila keputusan Hakim tidak menyebelahinya sekaligus menyebabkan beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun pada 2004 atas kesalahan membunuh dan berjaya menerima parol pada June 2020 dan dibebaskan pada tahun yang sama iaitu December 2020..

 

Anda boleh google sendiri kisah tragis SUSAN WRIGHT ini dan tonton filem ini

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!